Bila tiba Hari Raya Aidiladha, ramai mula sibuk dengan lembu dan kambing yang dikorbankan serta kenduri kesyukuran. Tapi sebenarnya, raya ini lebih daripada sekadar potong daging dan makan ramai-ramai kerana ia juga boleh dihargai melalui ucapan Hari Raya Aidiladha yang sesuai.
Mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan semangat saling membantu, apa kata kita hantar kepada keluarga dan rakan-rakan beberapa koleksi ucapan Hari Raya Aidiladha yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu formal, santai, dan menyentuh jiwa.
Baca juga: 10 Doa Pilihan Sempena Hari Arafah, InsyaAllah.. Doa Anda Dimakbulkan Allah SWT
IDEA UCAPAN HARI RAYA AIDILADHA YANG ANDA BOLEH GUNA

#1 Ucapan Formal
Sesuai untuk e-mel rasmi, ucapan korporat, atau mesej kepada rakan sekerja dan pelanggan.
– “Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga ibadah korban kita diterima dan membawa keberkatan buat semua.”
– “Salam Aidiladha dari kami di [nama organisasi]. Moga semangat pengorbanan memperkukuh nilai integriti dan keikhlasan dalam setiap tanggungjawab kita.”
– “Dengan penuh rasa syukur, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga hari yang mulia ini disambut dengan ketenangan dan kesyukuran.”
– “Salam Aidiladha. Moga nilai pengorbanan, keikhlasan dan persaudaraan sentiasa subur dalam jiwa kita semua.”
#2 Ucapan Santai
Sesuai untuk rakan-rakan, kenalan, atau media sosial.
– “Daging korban jangan lupa agih-agihkan ya! Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga semua bahagia dan kenyang!”
– “Salam Aidiladha geng! Semoga raya kali ni penuh dengan rezeki, kasih sayang, dan senyuman.”
– “Aidiladha datang lagi! Korban bukan sekadar binatang, tapi juga ego dan rasa pentingkan diri. Raya dengan chill, tapi hati tetap deep.”
– “Selamat Hari Raya Haji! Jangan lupa solat raya, jangan lupa korban, dan jangan lupa share daging!”
#3 Ucapan Menyentuh Jiwa
Sesuai untuk keluarga, sahabat rapat, atau renungan peribadi.
– “Aidiladha bukan sekadar perayaan, ia adalah peringatan tentang makna sebenar pengorbanan, keikhlasan dan reda. Moga kita semua mampu meneladani semangat Nabi Ibrahim A.S.”
– “Dalam setiap korban, tersembunyi hikmah dan kasih sayang Allah. Moga hati kita semakin lembut untuk memberi, menerima dan memaafkan.”
– “Kadang pengorbanan tak terlihat, tak terdengar… tapi Allah Maha Tahu. Selamat Hari Raya Aidiladha, moga setiap penat lelah kita dihitung sebagai ibadah.”
– “Aidiladha mengajar kita, bahawa cinta sejati kepada Allah itu melebihi segalanya. Semoga kita istiqamah dalam setiap ujian dan sentiasa dekat dengan-Nya.”

*Selamat menyambut Hari Raya Korban! Semoga pengorbanan yang dilakukan selama ini diberkati oleh Allah SWT. Aamin…
Baca juga: 10 Idea Hidangan Popular Untuk Open House Raya, Confirm Tetamu Puji Melambung!
Sumber: Pendidik.my
