Euforia Bola 2026
Nur

Kuda, Unta & Arnab Halal, Tapi Kenapa Tak Boleh Dijadikan Haiwan Korban? Ini Penjelasan Mufti

haiwan korban

Setiap kali tibanya Aidiladha, ramai mula berbincang tentang syarat sah ibadah korban termasuk jenis haiwan korban yang dibenarkan dalam Islam.

Baca juga: Walaupun Tak Boleh Solat & Puasa, Wanita Haid Tetap Boleh ‘Hidupkan’ Hari Arafah Dengan 7 Amalan Ikut Jadual INI

HAIWAN YANG TIDAK BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI HAIWAN KORBAN

haiwan korban

Foto: Facebook Menjawab Kemusykilan Agama

Walaupun kebanyakan orang tahu lembu, kambing dan unta boleh dijadikan haiwan korban, masih ada yang tertanya-tanya tentang haiwan lain seperti kuda, rusa atau burung unta.

Sebenarnya, Islam telah menetapkan syarat yang cukup jelas mengenai haiwan korban dan bukan semua haiwan yang halal dimakan boleh digunakan untuk ibadah tersebut.

Malah ada juga haiwan yang diternak manusia tetapi tetap tidak sah dijadikan korban menurut hukum syarak.

Haiwan Liar Tidak Boleh Dijadikan Haiwan Korban

Kategori pertama ialah haiwan liar, iaitu haiwan yang hidup bebas di hutan atau savana dan bukan diternak manusia secara khusus.

Antara contoh haiwan liar ialah:

  • Rusa
  • Seladang
  • Kijang
  • Zirafah

Walaupun ada haiwan ini halal dimakan, ia tetap tidak sah dijadikan korban kerana tidak termasuk dalam kategori haiwan Al-An’am (binatang yang diternak) yang ditetapkan syarak.

Haiwan Berkaki Dua atau Burung

haiwan korban

Foto: Gemini AI

Kategori kedua pula melibatkan haiwan berkaki dua atau jenis burung.

Antaranya:

  • Ayam
  • Itik
  • Angsa
  • Burung unta

Ramai mungkin tertanya-tanya mengapa ayam atau itik tidak boleh dijadikan korban sedangkan ia halal dimakan.

Jawapannya kerana ibadah korban mempunyai syarat khusus.

Haiwan korban mestilah daripada kelompok Al-An’am sahaja seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Disebabkan burung tidak termasuk dalam kategori tersebut, maka ia tidak sah dijadikan korban walaupun halal dimakan.

Haiwan Selain Ternakan Al-An’am

Kategori ketiga pula ialah haiwan yang dipelihara manusia tetapi bukan untuk tujuan sumber makanan utama menurut syarak.

Contohnya ialah:

  • Kuda
  • Keldai

Inilah bahagian yang paling banyak menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Kenapa Kuda Tidak Boleh Dijadikan Korban?

Ramai beranggapan kuda sepatutnya boleh dijadikan korban kerana ia juga diternak manusia.

Namun para ulama menjelaskan bahawa kuda tidak termasuk dalam kategori Al-An’am seperti yang disebut dalam Surah Al-An’am ayat 143 hingga 144.

Allah SWT hanya menyebut lapan pasangan haiwan sahaja iaitu:

  • Unta jantan dan betina
  • Lembu jantan dan betina
  • Kambing biasa jantan dan betina
  • Kambing biri-biri jantan dan betina

Dalam Islam, fungsi asal kuda lebih kepada:

  • Haiwan tunggangan
  • Pengangkutan
  • Aset peperangan dan ketenteraan

Bukan haiwan yang dibela sebagai sumber makanan utama masyarakat.

Malah tiada dalil yang menunjukkan Rasulullah SAW atau para sahabat pernah menggunakan kuda untuk ibadah korban atau aqiqah.

Jadi, kuda mungkin dianggap haiwan ternakan dari sudut moden, tetapi bukan haiwan ternakan Al-An’am dari sudut hukum syarak.

Bagaimana Pula Dengan Keldai?

Keldai pula bukan sahaja tidak sah dijadikan haiwan korban, malah daging keldai jinak juga haram dimakan.

Larangan ini disebut dalam hadis sahih ketika Perang Khaibar.

Sahabat Nabi SAW, Jabir bin Abdullah RA meriwayatkan:

“Nabi SAW melarang kami daripada memakan daging keldai jinak (peliharaan).” (Hadis Riwayat Muslim)

Disebabkan dagingnya haram dimakan, maka keldai secara automatik tidak boleh dijadikan haiwan korban.

Haiwan Korban Yang Sah Untuk Ibadah Korban

Secara ringkas, haiwan yang dibenarkan untuk ibadah korban ialah:

  • Unta
  • Lembu atau kerbau
  • Kambing
  • Biri-biri

Dengan syarat haiwan tersebut sihat, cukup umur dan tidak mempunyai kecacatan yang menjejaskan ibadah korban.

Baca juga: Sah Bermula 28 Mei! Pengguna Jalan Ke Genting Highlands Perlu Bayar Caj, Ini Bayaran Ikut Jenis Kenderaan

Sumber: Facebook Menjawab Kemusykilan Agama

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×