Anak kecil baru berusia sembilan tahun, tetapi sudah bergelar usahawan cilik, itulah kisah Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang merupakan pasangan selebriti popular tanah air.
Di sebalik kejayaan awal Hayla yang menjalankan jualan kek batik, ibunya meluahkan kebimbangan terhadap kesihatan anaknya yang secara tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas lalu mencetuskan persoalan tentang kemungkinan gangguan ‘ain’ akibat pandangan penuh iri hati.
Baca juga: Ramai Pernah Rasa Tanda-Tanda Penyakit Ain Tapi Tak Sedar, Rupanya Anda ‘Mangsa’!
ANAK WAWA ZAINAL LARIS JUALAN KEK BATIK, TIBA-TIBA ALAMI SESAK NAFAS

Menurut perkongsian Wawa, lebih merisaukan lagi adalah Halyla tidak menunjukkan sebarang gejala biasa seperti batuk, kahak atau selesema. Selain itu, Wawa turut mempersoalkan sama ada keadaan itu berpunca daripada gangguan penyakit ain, iaitu penyakit sering dikaitkan dengan pandangan mata disertai perasaan dengki.
Susulan itu, Wawa turut memohon maaf andai perniagaan kek batik Hayla menyebabkan rasa kurang senang dalam kalangan pihak tertentu.
“Kasihan anak mama, tak ada kahak pun tapi susah nak bernafas. Dia sendiri cakap sukar untuk tarik nafas. Wawa pun tertanya-tanya, adakah ini disebabkan ‘ain’?
“Wawa minta maaf sangat-sangat jika perniagaan kecil Hayla ini menimbulkan rasa iri hati kepada sesiapa,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, Wawa turut meminta pendapat orang ramai tentang amalan yang boleh diamalkan untuk melindungi diri daripada gangguan seumpama itu.
Terdahulu, Wawa pernah menyuarakan keraguannya untuk membenarkan Hayla terus aktif dalam perniagaan kerana bimbang anaknya tidak dapat menikmati kehidupan kanak-kanak seperti biasa. Dia juga mengakui kesukaran mempromosikan produk tanpa melibatkan diri dan keluarganya sebagai wajah utama jenama tersebut.
“Kalau orang cakap jangan buat posting, macam mana kami nak berniaga? Sebagai pemilik bisnes, kami memang kena jadi wajah hadapan untuk promosi,” jelas Wawa lagi.

Antara komen netizen tentang amalan untuk menjadi pelindung kepada penyakit ain ini yang mendapat perhatian adalah:
1) Amalkan Al Mathurat pagi dan petang. Kalau tak dapat buat dua-dua, boleh buat sama ada pagi/petang.
2) Baca surah Al Baqarah satu hari satu muka surat/setengah muka surat pun boleh, janji jadikan amalan.
3) Kalau kongsi gambar apa apa , tulis Alhamdulillah, MashaAllah supaya bila orang baca yang pertama itu terus zikir.
4) Jangan abaikan zikir ini: Ya Hayyun Ya Qoyyum.
La illa ha illa anta
Subha nakka inni
kuntu minaz zolimin.
View this post on Instagram
*Semoga Hayla kembali sihat dan terus melebarkan sayap dalam dunia perniagaan ya!
Baca juga: Jangan Normalisasikan 5 Aktiviti Ini Untuk Elak Penyakit Ain, Rasulullah SAW Pun Bagi Amaran!
Sumber: Instagram @Wawa Zainal
