Euforia Bola 2026
Nur

Sukar Tidur, Malas & Emosional Tanpa Sebab? Ini Tanda-Tanda Penyakit Ain Yang Ramai Terlepas Pandang

tanda terkena penyakit ain

Tanda terkena penyakit ain boleh muncul dalam pelbagai bentuk, sama ada dari sudut emosi, fizikal mahupun tingkah laku.

Ramai yang menganggap perubahan mendadak dalam diri atau anak-anak sebagai perkara biasa, namun hakikatnya ia mungkin petunjuk kepada gangguan yang lebih halus iaitu penyakit ain.

Baca juga: Doa Ketika Memasak Supaya Makanan Jadi Sedap, Sampai Suami Cium Tangan Dua Kali!

TANDA TERKENA PENYAKIT AIN

tanda terkena penyakit ain

Gambar AI

Dalam Islam, penyakit ain merujuk kepada kesan negatif daripada pandangan hasad dengki atau kagum yang berlebihan oleh seseorang terhadap orang lain, sama ada secara sengaja atau tidak.

Ia bukan sekadar gangguan spiritual, tetapi juga boleh memberi kesan mendalam terhadap kesihatan dan kesejahteraan seseorang individu.

Berikut merupakan tanda terkena penyakit ain mengikut 3 kategori yang disenaraikan untuk umum, kanak-kanak dan bayi.

Baca juga: Tubuh Bagi Petunjuk Sebelum Ajal, Ini 11 Tanda Yang Patut Kita Ambil Serius

Tanda terkena penyakit ain (umum)

  1. Sedih dan dada terasa sesak.
  2. Emosional dan ketakutan.
  3. Sering mimpi yang menakutkan.
  4. Tiba-tiba tidak mahu bergaul dengan orang lain.
  5. Sukar untuk fokus terhadap sesuatu.
  6. Suka menyendiri.
  7. Merasa benci untuk keluar rumah.
  8. Susah tidur waktu malam.
  9. Tubuh jadi kurus kerana tiada selera nak makan.
  10. Tiba-tiba jadi bodoh walaupun sebelumnya pintar.
  11. Terlalu sensitif.
  12. Terasa ingin mati dan putus asa.
  13. Dada terasa sesak sehingga ingin menangis.
  14. Mimpi kubur, jenazah atau masuk ke dalam kubur.
  15. Pengsan mendadak.
  16. Detik jantung kencang hingga takut mati.
  17. Bermurung atau lebih suka diam walaupun sebelumnya ramah dan memandang
  18. negatif kehidupan hingga berharap mati.
  19. Rasa takut terhadap tempat atau orang tertentu seperti pejabat atau sekolah atau rumah yang mana sebelumnya dia sangat suka dengan tempat tersebut.
  20. Selalu mengantuk dan malas nak melakukan sebarang aktiviti.
  21. Sering menguap ketika beribadah atau ketika diruqyah.

Baca juga: Tular Peniaga Jual Daging Landak Di Media Sosial, Ternyata Ini Hukum Makan Haiwan Berduri Itu!

Tanda terkena penyakit ain (kanak-kanak)

  1. Suhu badan panas yang tinggi.
  2. Mulanya rajin tiba-tiba jadi malas.
  3. Mulanya murid yang pintar tapi tiba-tiba malas.
  4. Tidak boleh fokus.
  5. Denyut jantung yang tak teratur dan terkadang sangat kencang.
  6. Degil dan tidak suka ikut cakap ibu bapa.

Tanda terkena penyakit ain (bayi)

  1. Badan panas bukan kerana sakit dari sudut perubatan.
  2. Selalu menangis dan tidak mahu menyusu dengan ibunya.
  3. Kurus kering seperti kurang makan tetapi selalu makan.
  4. Kejang-kejang tanpa sebab yang jelas.
  5. Denyut jantung yang tidak teratur dan kadang kala terlalu laju.

Jika tanda-tanda ini mula kelihatan secara berterusan tanpa sebab yang jelas, adalah disarankan untuk mendapatkan rawatan secara spiritual seperti ruqyah syar’iyyah selain pemeriksaan perubatan.

Pencegahan termasuk membaca doa pelindung dan mengamalkan ayat-ayat al-Quran secara konsisten juga amat digalakkan.

Baca juga: Dari Muharam Ke Zulhijah, Ini Maksud Di Sebalik 12 Bulan Dalam Kalendar Islam

Sumber: e-Central

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×