Kalau anda penggemar pencuci mulut tempatan yang klasik tapi masih boleh diinovasikan dengan gaya moden, resipi kek batik Khairul Aming versi lembut yang dikongsikan oleh Farizah FieMarissa ini memang patut dicuba!
Lebih menarik lagi, Farizah bukan sekadar membuat kek tetapi turut menambah sentuhan seni dengan melukis corak batik menggunakan buttercream di atas permukaannya.
Baca juga: Duit Gaji Dah Nazak? Ini 21 Menu Hujung Bulan Yang Confirm Kenyang & Sedap!
KEK BATIK KHAIRUL AIMING

Farizah FieMarissa
“Ini namanya kek batik, tapi batik di atas itu saya lukis guna buttercream sahaja. Sebabnya kurang nar nak handle white chocolate untuk canting,” tulis Farizah dalam perkongsian beliau.
Walaupun mengakui ini kali pertama dia mencuba teknik dekorasi batik, usaha kreatifnya yang gigih pasti membuatkan pencinta seni dan makanan teruja.
Menurut Farizah, mencipta corak batik di atas kek bukanlah sesuatu yang mudah, “berpinau biji mata nak menyiapkannya,” katanya sambil berseloroh.
Baca juga: Resipi Dadih Tutti Frutti Viral 3 Bahan Ringkas! Mudah Nak Buat & Sedap Tak Terkata
Bahan-bahan:
- 1 ketul butter
- ½ susu tin pekat
- 1 cawan milo (saya guna jenama Sawanah Koko atau terpulang)
- ½ cawan serbuk koko
- ½ cawan susu cair
- 1 sudu teh serbuk kopi (tak letak pun tak apa)
- 1 sudu teh garam
- 2 biji telur
- 2 paket biskut marie (patah-patahkan)
Bahan topping:
- Chocolate coin
Cara penyediaan:
- Mula-mula, cairkan seketul butter.
- Selepas itu, masukkan susu pekat, milo dan serbuk koko.
- Kemudian kacau sampai sebati.
- Masukkan susu cair dan tambahkan serbuk kopi (jika suka), garam dan telur sambil kacau-kacau.
- Seterusnya, kacau-kacau dan letak dalam loyang.
- Selepas itu, mampat-mampatkan dan letak topping (curah chocolate coin yang sudah dicairkan dengan kaedah double boiler).
- Akhir sekali, boleh sejukkan dalam peti sejuk dan biarkan selama beberapa jam.
Siap untuk dinikmati!
Baca juga: Resipi Peach Gum Enak Berkhasiat, Kaya Dengan Herba Yang Boleh Buat Kulit Anjal & Gebu!

Farizah FieMarissa
Farizah memilih untuk menghiasi kek dengan corak batik menggunakan buttercream sebagai alternatif kepada white chocolate canting yang agak rumit dikendalikan. Walaupun mencabar, hasilnya memberi elemen estetika yang unik kepada pencuci mulut tradisional ini.
“There’s still a lot that needs to be improved,” katanya merendah diri, namun jelas usaha ini memberi inspirasi kepada ramai untuk menggabungkan elemen seni dan makanan.
Gabungan resipi kek batik Khairul Aming yang lembut dan moist, ditambah pula dengan kreativiti moden dalam hiasan, menjadikan hasil karya Farizah FieMarissa bukan sekadar kek biasa.
Ia adalah pertemuan antara rasa nostalgia dan ekspresi seni kontemporari.
Baca juga:
Baca juga: Cara Buat Puding Jagung Sedap Tergedik-Gedik, Asalkan Tak Derhaka Resipi!
Sumber: Farizah FieMarissa
FT Image: Farizah FieMarissa
