Euforia Bola 2026
Nur

Ustaz Kongsi Cara Afdal Beri Salam Ketika Ziarah Kubur, Bukan Sekadar “Assalamualaikum…”

ZIARAH KUBUR

Ramai antara kita ziarah kubur sebagai tanda ingatan dan doa buat insan tersayang yang telah pergi. Namun, tidak semua cara beri salam yang lebih afdal dalam Islam.

Salam yang diucapkan bukan sekadar sapaan, tetapi doa buat mereka selain menyematkan kematian dalam ingatan. Ikuti perkongsian penuh di bawah ini.

Baca juga: Bercakap Bohong Sebab Nak Tutup Aib Sendiri, Ini Hukum Sebenar Dalam Islam

CARA BERI SALAM KETIKA ZIARAH KUBUR, MACAM INI LEBIH AFDAL

ZIARAH KUBUR

Soalan:

Ketika ziarah kubur adakah boleh kita beri salam kepada kubur dengan ucapan salam yang biasa kita ucap kepada orang yang hidup atau mesti dengan salam yang khas?

Disunatkan ke atas orang yang ziarah tanah perkuburan beri salam kepada penghuni kubur dan yang afdal dengan lafaz salam yang datang dalam hadis-hadis Nabi SAW seperti :

السَّلاَمُ عَلَى أهْلِ الدِّيَارِ مِنَ المُؤْمنِيْنَ وَالمُسْلِمِيْنَ

Assalamu ala ahliddiyari minal-muminina wal-muslimin

Maksudnya: “Salam sejahtera atas sekelian kamu penduduk negeri akhirat dari para mukminin dan muslimin.”

atau  السَّلاَمُ علَيْكُمْ يَا أهْلَ القُبُورِ، يَغْفِرُ اللهُ لَنا وَلَكُمْ

Assalamu alaikum ya ahlal-qubur, yaghfirullahu lana wa lakum.

Maksudnya: “Salam sejahtera atas sekelian kamu wahai penghuni kubur semoga Allah mengampunkan kami dan kamu semua.” 

Tetapi jika diberi salam dengan ucapan السلام عليكم (Assalamualaikum) atau السلام عليكم ورحمة الله وبركاته (As-salamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh) maka hukumnya adalah harus dan memadai.

Menurut Imam Nawawi:

“Telah berkata oleh Ashab kami, disunatkan bagi yang ziarah kubur bahawa mengucap salam olehnya atas sekelian kubur dan berdoa bagi siapa yang dia ziarahi dan bagi sekelian penghuni kubur. 

Lebih afdal bahawa adalah ucapan salam dan doanya itu dengan yang sabit di dalam hadis dan disunatkan membaca olehnya akan al-Quran daripada apa yang mudah dan berdoa bagi mereka selepasnya. Telah menaskan atasnya oleh Imam Syafie r.a. dan telah sepakat atasnya oleh Ashab.” (Kitab Al-Majmuk)

Kesimpulannya, harus orang yang ziarah kubur itu beri salam seperti salam sesama orang yang hidup tetapi lebih afdal dengan ucapan salam seperti di atas.

Baca juga: Misi Kayuhan Ke Tanah Suci, Pelakon Amar Baharin & Qobin Hampir Tiba Di Madinah…

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus

Kredit imej: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×