Euforia Bola 2026
Cantik

Wanita Wajah Natural VS Suka Makeup, Siapa Sebenarnya MENANG Di Hati Lelaki?

solekan tebal

Dalam dunia yang sarat dengan pengaruh media dan kecantikan yang digilap, tidak hairan apabila wanita yang tampil dengan solekan tebal sering menjadi pusat perhatian. Lelaki akan berpaling, mata akan tertumpu seolah-olah makeup menjadi kuasa tarikan yang tidak dapat dielakkan.

Namun, dalam diam, lelaki yang sama boleh berkata, “Saya lebih suka perempuan yang natural…” Kedengaran bercanggah, bukan?

Baca juga: Hati-Hati Wahai Lelaki, Peguam Syarie Bongkar Tanda ‘Red Flag’ Calon Isteri Bawa Masalah!

WANITA SOLEKAN TEBAL ATAU NATURAL JADI PILIHAN LELAKI?

solekan tebal

Adakah ini menandakan lelaki itu mengarut? Hipokrit?

Tidak juga, memang ada kajian psikologi dan sosiologi yang menyokong kenyataan bahawa lelaki mudah tertarik secara visual tetapi cenderung memilih pasangan jangka panjang berdasarkan ciri-ciri keperibadian dan kesesuaian hidup, bukan semata-mata penampilan luaran. Katanya, sebab penampilan natural dianggap lebih jujur, boleh dipercayai dan serasi untuk hidup bersama.

Makeup yang terlalu tebal kadang-kadang dianggap ‘penyamaran’

solekan tebal

Foto: Freepik

Jadi kalau lelaki tengok yang bermakeup, itu biasa. Tapi bila dia fikir siapa yang dia nak bawa jumpa ibunya…selalunya, yang tampil sederhana itulah pilihannya. Hal ini kerana tertarik itu naluri tapi memilih untuk mencintai itu soal nilai.

Rumusannya, lelaki memang mudah tertarik dengan solekan kerana ia memperkuat ciri-ciri simetri dan kecantikan wajah (naluri visual). Namun untuk komitmen jangka panjang, mereka lebih menghargai penampilan yang sederhana dan personaliti yang stabil, kerana itu menunjukkan keserasian dan kejujuran.

Solekan bukan perkara negatif ya tetapi terlalu tebal boleh memberi kesan berbeza bergantung pada konteks sosial dan matlamat hubungan.

Baca juga: Cara Nak ‘Detect’ Suami BERNAFSU Besar Atau Kecil, Suruh Cik Abang Tulis 3 Huruf Ini

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×