Euforia Bola 2026
Inspirasi

Prince Syed & Isteri Infak Telekung RM12,000 Bertatah Kristal Swarovski Buat Ustazah Asma’ Untuk Tujuan Dakwah

prince syed shahid

Tindakan mulia usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid atau nama penuhnya Syed Muhammad Shah Hasif, menerima pujian meluas apabila dia menginfakkan sepasang telekung mewah bernilai RM12,000!

Telekung itu akan diberikan kepada Pusat Pendidikan Islam dan sumbangan tersebut dilakukan melalui pendakwah terkenal tanah air, Ustazah Asma’ Harun.

Baca juga: “Hancur Hati Mummy..”- Murid Menangis Dikepung 4 Guru, Kena Tengking & Dituduh Penipu Di Kantin Sekolah

PRINCE SYED SHAHID INFAK TELEKUNG RM12,000, BERTATAHKAN KRISTAL SWAROVSKI!

prince syed shahid

Momen penuh bermakna ini dikongsi sendiri oleh Prince Syed menerusi satu hantaran video di platform TikTok, yang memaparkan dia dan isterinya, Fatin Syazwani Ishak, menyerahkan telekung tersebut secara peribadi kepada Ustazah Asma’.

Telekung yang disumbangkan itu bukan sebarang pakaian solat namun ia merupakan telekung eksklusif yang dihiasi dengan kristal Swarovski, menjadikannya antara yang pernah tular bukan sahaja di dalam negara, malah sehingga ke peringkat antarabangsa. Keunikan rekaan serta perinciannya yang mewah telah menarik perhatian ramai.

Menurut Prince Syed, telekung berkenaan diserahkan khas kepada Ustazah Asma’ untuk kegunaan di Perkampungan Al-Hijrah, sebuah pusat pengajian ilmu Islam yang diasaskan oleh pendakwah tersebut.

“Alhamdulillah, kami telah menyerahkan telekung ini kepada Ustazah Asma’ Harun sebagai infak untuk Perkampungan Al-Hijrah. Telekung ini sangat istimewa, bukan sahaja kerana nilainya, tetapi juga disebabkan kisah dan keikhlasannya,” ujar beliau.

Dalam rakaman yang dimuat naik, kelihatan Ustazah Asma’ menyambut pemberian tersebut dengan senyuman yang penuh kegembiraan, sambil memegang telekung berwarna putih itu.

prince syed shahid

Tindakan pasangan ini bukan sahaja mendapat pujian daripada netizen, bahkan ramai yang mendoakan agar mereka terus dimurahkan rezeki serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.

“Orang yang suka bersedekah, Allah akan permudahkan segala urusannya,” antara komen positif yang ditinggalkan oleh pengikut mereka di media sosial.

Untuk rekod, telekung mewah tersebut pada asalnya dihasilkan oleh Syed pada Mac tahun lalu sebagai hadiah istimewa buat isterinya. Ia mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan dan dihiasi dengan lebih 5,000 butir kristal Swarovski, menjadikannya simbol kasih sayang dan keindahan seni dalam ibadah.

@prince.syed.shahidKami infaq TELEKUNG RM 12K kepada ustazah Asma Harun untuk Perkampungan Hijrah , Alhamdulillah telekung yang bertatahkan batu permata kristal Swarovskiii ini kami dah serahkan kepada ustazah 🥰 telekung ini pernah VIRAL sehingga luar negara kerana kemewahan perincian pada telekung ini yang sangat unik dan bermakna♬ News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music

*Semoga dimurahkan rezeki dan teruskan bersedekah!

Baca juga: 10 CEO Malaysia Dengan Gaji Bulanan Paling MAHAL, Ada Yang Cecah Sampai 12 Juta!

Sumber: Tiktok @prince.syed.shahid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×