Kegembiraan pasangan suami isteri, Nurul Huda Zulkhairi dan Muhammad Za’im, ketika menganjurkan sambutan hari jadi anak mereka, Uwais Al Fateh, pada 20 Mei lalu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila si kecil nyaris maut akibat tercekik belon.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Puan Huda menerusi hantaran di Facebook miliknya dan mendapat perhatian ramai.
Baca juga: “Dalam Banyak Hadiah, Ini Paling Menyentuh Hati..”- Murid Selit RM1 & Kad Buat Guru Menitis Air Mata
SAMBUTAN HARI JADI BERTUKAR TRAGEDI, ANAK TERCEKIK BELON!

Foto: Belon yang tersekat.
“Adik ipar saya ada cakap Uwais macam semput sebelum kejadian,” tulisnya.
Pada hari kejadian, pasangan itu menjemput ramai tetamu, termasuk guru dan rakan sekolah Uwais, untuk memeriahkan sambutan. Majlis berjalan lancar dan meriah pada mulanya, dengan kanak-kanak bermain riang dan tetamu dilayan mesra. Namun kegembiraan bertukar panik apabila Uwais tiba-tiba dibawa oleh bapa saudaranya dalam keadaan wajah yang sudah biru!
“Jantung Uwais terhenti, suami kata peluang hidup 50:50… dia terkulai atas riba ayahnya,” tambah Puan Huda.
Menyangkakan anak mereka mungkin tersedak makanan, Encik Za’im bersama seorang rakan terus melakukan teknik Heimlich Maneuver untuk menyelamatkan Uwais. Namun, keadaannya tetap tidak menunjukkan perubahan. Mereka segera membawa anak kecil itu ke Hospital Kulim sambil bantuan pernafasan diberikan secara berterusan sepanjang perjalanan.
Belon jadi punca, Uwais bergurau dengan rakan sambil memasukkan belon ke dalam mulut

Foto: Keadaan semasa diberikan bantuan pernafasan kecemasan.
Menurut perkongsian, hasil pemeriksaan pasukan perubatan mendapati terdapat satu belon yang tersekat di saluran pernafasannya. Selepas berjaya mengeluarkan objek tersebut, CPR segera diberikan semula kepada Uwais. Syukur, nyawanya berjaya diselamatkan dan kini dia berada dalam keadaan stabil.
Menjadikan pengalaman ini sebagai pengajaran, Puan Huda menasihatkan ibu bapa lain agar lebih berhati-hati dan sentiasa memantau anak-anak. Hal kecil yang dianggap remeh boleh bertukar menjadi tragedi jika tidak diberi perhatian sewajarnya.
*Memang ini adalah pengalaman seram yang semua ibu bapa tidak mahu hadapi!
Baca juga: Budak 2 Tahun Maut Lepas Panjat Sofa Di Balkoni, Jatuh Dari Tingkat Tujuh Pangsapuri Di Putrajaya
Sumber: Nurul Huda Zulkhairi
