Euforia Bola 2026
Inspirasi

“Demi Si Bulus..” – Abang Rider Redah Api Selamatkan Kucing & Bagi Bantuan CPR, Netizen Sebak

bantuan cpr

Seorang penghantar makanan di Thailand menjadi wira hebat apabila sanggup meredah bangunan yang sedang marak terbakar semata-mata untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap. Malah, bantuan CPR turut diberikan kepada haiwan tersebut!

Tindakan ini mengundang sebak dan menuai pujian dalam kalangan orang ramai terutamanya pencinta kucing.

Baca juga: “Manis Agak Nazak..”- Kucing Dibelasah & Dicampak Ke Longkang, Wanita Dedah Jiran Dendam Tanpa Sebab!

ABANG RIDER MAKANAN REDAH API SELAMATKAN KUCING, BANTUAN CPR

bantuan CPR

Tangkap layar video.

Tular mengenai kisah menyentuh hati ini berlaku di daerah Bang Sue pada 21 Julai lalu dan mendapat perhatian ramai selepas video keberanian lelaki itu dimuat naik ke laman media sosial.

Rakaman dramatik tersebut memaparkan abang penghantar makanan bertungkus-lumus menyelamatkan kucing yang kelihatan lemah dan tidak sedarkan diri. Dalam suasana kelam-kabut dan asap tebal, dia dilihat memeriksa degupan jantung kucing comel tersebut dan berusaha memberi bantuan kecemasan pernafasan.

Rupa-rupanya lelaki tersebut bukan calang-calang orang, kerana dia juga merupakan seorang sukarelawan penyelamat. Difahamkan ketika kejadian, pemilik kucing berkenaan tiada di rumah, manakala haiwan malang itu ditinggalkan sendirian dalam rumah dengan hanya kipas yang masih terpasang.

Punca kebakaran masih belum dikenal pasti, namun keberanian rider tersebut menjadi tular dan mengundang pujian bertalu-talu daripada netizen yang tersentuh dengan aksinya.

“Terima kasih kerana tidak membiarkan kucing itu mati sendirian…” itulah antara komen yang membanjiri hantaran video tersebut.

Menjawab ucapan terima kasih orang ramai, lelaki itu memaklumkan bahawa kucing berkenaan telah selamat dihantar ke hospital haiwan dan kini berada dalam keadaan stabil.

@pluem_sora มึงคือสงสารเจ้าของมาก แบบตอนวิ่งลงพี่แกวิ่งขึ้นไปเอาแมว ละเขารักแมวมากๆอ่ะ สงสารพี่เขามากน้ำตาจะไหล 😢 #ไฟไหม้ #คนรักแมว #แมวอ้วน ♬ เสียงต้นฉบับ – โซระที่อยากเป็นสาวจีน🇨🇳

Satu tindakan kecil, tapi cukup besar maknanya. Benarlah, kasih terhadap makhluk Tuhan ini mampu menjadikan manusia luar biasa.

Baca juga: Tanda-Tanda Kucing Kesayangan Anda Akan Mati, Selamat Tinggal ‘Si Bulus’…

Sumber: Tiktok @pluem_sora

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×