Euforia Bola 2026
Asuh

Anak 8 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah Papanya, Ramai Sebak & Puji “Jelasnya Bacaan Adik”

solat jenazah

Solat jenazah menjadi simbol penghormatan terakhir kepada insan yang telah pergi menghadap Ilahi. Namun, apabila ia dipimpin oleh seorang anak kecil berusia lapan tahun untuk jenazah bapa sendiri, ia bukan sahaja mengundang sebak, malah turut menyentuh hati ramai warga maya.

Itulah yang berlaku dalam satu video yang tular di TikTok, apabila seorang kanak-kanak lelaki tampil mengimamkan solat jenazah bapanya dengan tenang dan penuh tertib. Rakaman berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan si kecil memimpin jemaah membaca surah Al-Fatihah dalam suasana yang penuh hiba.

Baca juga: Si Cilik Genius Umur Baru 2 Tahun, Tapi Noah Ariz Sudah Pandai Sifir 1 Hingga 10

ANAK 8 TAHUN TENANG IMAMKAN SOLAT JENAZAH AYAHNYA

solat jenazah

TikTok @meilingjanne

Menerusi perkongsian yang dimuat naik ibunya, anak lelaki itu sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang ustaz. Malah, sebelum pemergian ayahnya, dia kerap mengajak kedua-dua ibu bapanya untuk menunaikan umrah di tanah suci Mekah bersama-sama.

“Abang selalu cakap apabila besar, abang nak jadi ustaz. Abang selalu ajak papa pergi Mekah. Papa cakap papa akan kerja keras. Tapi ALLAH lebih sayangkan papa,” tulis ibunya dalam kapsyen video berkenaan.

Tambah wanita tersebut, pemergian suaminya berlaku pada hari Jumaat yang mulia. Di mana, hari yang dianggap penuh keberkatan dalam Islam.

Si ibu turut menitipkan pesan penuh harapan dan kasih dalam kapsyen yang menyentuh hati ramai,

“Papa tinggalkan kami pada Jumaat yang mulia. Papa, walaupun kita tidak sempat pergi Mekah sama-sama, kita jumpa di syurga, ya,” luahnya.

Baca juga: “Tolong Doakan Adeeb” Remaja 14 Tahun Ditidurkan Di ICU, Selepas Dikejar Anjing Liar!

Video tersebut menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Rata-rata memuji didikan yang diterapkan oleh ibu bapa kanak-kanak itu, selain mendoakan agar cita-citanya untuk menjadi ustaz suatu hari nanti menjadi kenyataan.

“Sungguh jelas bacaan adik!

“Dahsyatnya didikan. Anak sekecil lapan tahun boleh imamkan solat jenazah ayah sendiri. Besarnya nikmat ALLAH.

“Betapa hebatnya didikan ibu bapamu. Semoga menjadi anak yang soleh berjaya di dunia akhirat.

“Seorang ayah yang hebat boleh mendidik anak sekecil itu sudah boleh jadi seorang imam. Sesungguhnya kita ibu bapa perlukn doa anak-anak yang soleh.  Semoga syurga tempat mu, Aamiin.

“Semoga adik teruskan cita-cita untuk menjadi ustaz dan dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah,” antara komen yang ditinggalkan warga maya.

@meilingjanne

Abang anak yang hebat macam papa

♬ original sound – Mei – Mei

Sumber: Kurang Menonjol Dalam Akademik, Tapi Murid Darjah 6 Ini Ada Bakat Melukis, Terpegun Cikgu Tengok!

Baca juga: TikTok @meilingjanne

FT Image: TikTok @meilingjanne

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×