Euforia Bola 2026
Famili

Remaja 15 Tahun Pandu Kenderaan Hingga Menyebabkan 5 Kematian Diikat Jamin, Bapa Dihukum!

pandu kenderaan

Remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuching, pada Rabu atas tuduhan pandu kenderaan semasa umur kurang 16 tahun dan secara berbahaya hingga menyebabkan lima kematian di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru, 14 Januari lalu.

Remaja berusia 15 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Baca juga: Pengantin Pegang Prinsip Tak Cukur Kumis & Misai Di Hari Bahagia, Buat Ramai Terkejut!

REMAJA PANDU KENDERAAN SEBABKAN 5 KEMATIAN DIIKAT JAMIN

pandu kenderaan

Gambar fail FMT

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membenarkan remaja lelaki itu diikat jamin RM5,000 dengan ibu bapanya sebagai penjamin.

Tertuduh menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau membahayakan dan Seksyen 39(1) APJ 1987 kerana memandu kenderaan semasa berumur kurang daripada 16 tahun.

Baca juga: 16 Fakta Menarik Istana Kediaman Aliff Syukri, Point 10 Paling Wow Hanya Ada 3 Unit Dalam Dunia!

Bapa mengaku bersalah izin anak pandu kenderaan

Di Mahkamah Majistret berasingan, bapa remaja itu, 35, juga mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membenarkan anaknya memandu tanpa pengawasan.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Kuching, Noraini Ahmad kemudian menjatuhkan hukuman denda RM15,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Lelaki itu juga diarah menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan selama 100 jam dalam tempoh enam bulan.

Baca juga: Si Cilik Genius Umur Baru 2 Tahun, Tapi Noah Ariz Sudah Pandai Sifir 1 Hingga 10

Lima pengguna jalan raya maut

Dalam kejadian jam 12.50 tengahari, 14 Januari 2025, remaja terbabit yang tidak mempunyai lesen dikatakan memandu kereta Proton Saga secara melulu menyebabkan kenderaan terbabas sebelum merempuh pengguna jalan raya lain di laluan bertentangan.

Kejadian itu mengorbankan lima pengguna jalan raya yang berumur antara 16 hingga 42 tahun, masing-masing menaiki kereta Toyota Altis, Proton Saga serta dua motosikal iaitu Yamaha dan Modenas.

Sementara itu, isteri salah seorang mangsa yang maut dalam kejadian itu, Wan Khairul Nizam Wan Abdul Kadir, menuntut hukuman setimpal dikenakan terhadap remaja terbabit.

Jamilah Hassan, 42, dari Kampung Tabuan Melayu di sini berkata, akibat kecuaian remaja itu termasuk ibu bapanya yang membenarkan dia memandu kenderaan menyebabkan lima anaknya yang berusia antara enam hingga 19 tahun kehilangan bapa.

“Kami hilang ketua keluarga yang mencari rezeki hanya disebabkan oleh kecuaian ibu bapa membenarkan anak mereka memandu kenderaan sedangkan dia masih di bawah umur.

“Perbuatan mereka terlalu berat sehingga menyebabkan hidup kami sekeluarga kini dihimpit kesusahan,” katanya yang hadir di mahkamah untuk mengikuti perkembangan kes.

Baca juga: Parah! Sek* Songsang Lelaki Sejenis Makin Meningkat, Malaysia Apa Nak Jadi?

Sumber: Harian Metro

FT Image: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×