Kes rogol di Kelantan meningkat pada tahun ini, dengan kebanyakan kes melibatkan hubungan suka sama suka, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Beliau memaklumkan, jumlah kes rogol merekodkan sebanyak 131 kes sepanjang Januari hingga September lalu, berbanding 114 kes pada tempoh sama tahun lalu.
Baca juga: Seorang Kanak-Kanak Perempuan Berada Di Zon Merah, 2 Lelaki Ditahan Insiden Letupan Mercun Di Kulim
KES ROGOL BAWAH UMUR ATAS DASAR SUKA SAMA SUKA
“Majoriti kes rogol di Kelantan adalah suka sama suka dan di bawah umur yang mana kes ini akhirnya keluarga atau pihak hospital tahu, mereka tampil membuat laporan polis.
“Mungkin ada juga yang tidak membuat laporan polis kerana keluarga malu selepas ia membabitkan kes suka sama suka.
“Kes rogol yang kita kesan setakat ini berlaku di rumah mereka sendiri iaitu ada yang mengikut lelaki pergi rumah atau lelaki dijemput datang rumah perempuan. Ada juga situasi baru kenal seminggu sudah ‘bersama’.
“Selain itu, ada yang melakukan perbuatan terkutuk itu di hotel bajet’,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, pada Selasa.
Baca juga: Kuala Lumpur Bakal ‘Lockdown’ Penuh Minggu Depan, Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47!
Sebagai contoh, beberapa kes dilaporkan berlaku apabila pasangan muda yang baru beberapa hari berkenalan mengadakan pertemuan di rumah atau hotel bajet tanpa pengetahuan keluarga.
Dalam beberapa situasi, pihak hospital menjadi perantara apabila mereka mengetahui kejadian melalui rawatan kesihatan akibat kecederaan atau tanda-tanda trauma.
Datuk Mohd Yusoff menegaskan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat dalam menangani jenayah ini.
“Dengan keadaan sekarang kita perlu mengambil tahu keadaan sekeliling, bukannya bersikap tidak mengambil peduli,” katanya.
Beliau mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak, menggalakkan komunikasi terbuka dan memastikan anak memahami risiko pergaulan bebas serta situasi yang boleh menjejaskan keselamatan diri.
Sumber: Harian Metro
FT Image: Google

