Euforia Bola 2026
Famili

16 Fakta Menarik Istana Kediaman Aliff Syukri, Point 10 Paling Wow Hanya Ada 3 Unit Dalam Dunia!

rumah aliff syukri

Rumah Aliff Syukri yang digelar ‘istana moden’ bukan sekadar tempat tinggal tetapi ia simbol kemewahan yang mencetus kekaguman dan perdebatan.

Terletak di Petaling Jaya dan mula dibina pada tahun 2015, rumah ini menjadi perhatian ramai selepas perkongsian jujur bekas guru, Mohd Fadli Salleh, mendedahkan pelbagai fakta menarik tentang nilai, rekaan, dan kos penyelenggaraannya.

Baca juga: Semangat Sayangkan Negara, Bapa Cina Minta Anak Jaga Lencana Jalur Gemilang, Siap Pesan Anak Kena Hebat Bahasa Melayu!

RUMAH ALIFF SYUKRI

rumah aliff syukri

Gambar Iluminasi.

Dari perabot jenama mewah hinggalah ke tombol sinki berharga enam angka, rumah tiga tingkat ini benar-benar luar biasa.  Namun di sebalik kemewahan itu, terselit rasa penyesalan yang diluahkan oleh Dato’ Aliff Syukri.

Justeru itu, mari sama-sama menyelusuri dengan lebih dekat berkenaan fakta menarik kediaman mewah Dato Sri’ Aliff Syukri yang penuh dengan kemegahan, kontroversi dan refleksi diri seperti dikongsikan oleh Mohd Fadli Salleh di bawah.

Baca juga: Puisi ‘Ku Cari Damai Abadi’ Nukilan Tun Abdullah Kembali Tular, Beri Aspirasi Buat Ramai Tersentuh!

Fakta rumah mewah Aliff Syukri:

  1. Istana Aliff Syukri ini dibina pada tahun 2015, terletak di Petaling Jaya.
  2. Keluasan tanah 42,000 kaki. 40,000 kali ada binaan atasnya.
  3. Nilai tanah sahaja RM13 juta, hiasan dalaman mencecah RM11 juta.
  4. Aliff mendakwa dia habiskan RM32 juta untuk siapkan rumah mewahnya ini. Tak pasti dia kira termasuk harga tanah atau tidak.
  5. Rumah tiga tingkat ini ada 28 bilik kesemuanya. Aliff Syukri bagitahu kelmarin, 20 buah bilik sangat jarang digunakan.
  6. Setiap bilik tidur ada tandas sendiri.
  7. Kos maintainece rumah ini sekitar RM40,000 sebulan. Ya, sebulan dah RM40k.
  8. Aliff pernah umumkan nak jual rumah ini pada 2018 dengan nilai RM45 juta ringgit. Tak pasti samada tiada yang nak beli atau Aliff berubah fikiran, sehingga hari ini Aliff tinggal di sini.
  9. Rumah ini ada bilik karaoke dan pawagam mini. Pawagam itu direka bentuk dan disiapkan oleh pihak TGV.
  10. Rumah ini penuh dengan perabot dan alatan mewah. Contohnya perabot jenama Fendi dan Versace. Perabot Versace itu cuma ada 3 unit di seluruh dunia dan satu daripadanya ada di Malaysia!
  11. Rumah ini lengkap dengan fasiliti seperti kolam renang, bilik tetamu, rumah kucing lif dan ada bilik bawah tanah.
  12. Idea dia membina rumah ini timbul masa beliau hadir ke istana pada usia 23 tahun untuk menerima anugerah.
  13. Kontraktor yang bina istana Aliff ini adalah kontraktor yang sama membina Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
  14. Antara barangan yang mahal melampau kat rumah ini adalah tombol sinki bilik air utama yang berharga RM100,000. Ia tombol kristal Swarovski dari Rusia.
  15. Lampu chandelier di tangga utama pula diimport dari Itali dan berharga RM1 juta ringgit.
  16. Kos mengecat rumah ni menelan belanja RM300,000. Cat rumah saja RM300k, harga rumah kita sebijik. 
rumah aliff syukri

Gambar Iluminasi.

Beberapa hari lepas, Aliff meluahkan penyesalan memiliki istana itu kerana kos maintenance yang tinggi selain banyak bilik tidak digunakan. Dia merasa membazir pula.

“Kalau diberi pilihan, saya lebih rela memiliki rumah yang lebih kecil. Tapi rumah ini saya sudah bina, maka saya redha,” kata Aliff pada wartawan.

Alhamdulillah. Ada anak Melayu Islam kaya macam ini rupanya. Berapa agaknya zakat setiap tahun beliau bayar dan berapa ramai asnaf dapat manfaat dari kekayaan beliau.

Ada kawan bagitahu, Aliff Syukri dan isterinya ini kuat bersedekah. Cuma sangat jarang ditunjukkan. Alhamdulillah.

Baca juga: Bapa Minta ‘Resign’ & Gajikan Untuk Jaga Sakit, Netizen Puji Kebajikan Anak Terjaga

Sumber: Mohd Fadli Salleh

FT Image: Iluminasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×