Solat adalah tiang agama bagi seorang Muslim dan menjadi cerminan hubungan seseorang dengan Allah. Justeru, bagi mereka yang sedang mencari pasangan hidup, memastikan bakal pasangan jaga solat bukanlah perkara remeh malah ia adalah langkah penting demi membina rumah tangga yang diberkati.
Namun begitu, tidak semua orang akan terus terang tentang amalan solat mereka. Maka, penting untuk kita peka terhadap tanda-tanda yang menunjukkan sama ada seseorang itu benar-benar menjaga solat atau sebaliknya. Jom kita kenal pasti!
Baca juga: Hati-Hati Wahai Lelaki, Peguam Syarie Bongkar Tanda ‘Red Flag’ Calon Isteri Bawa Masalah!
MACAM MANA NAK TAHU BAKAL PASANGAN NAK KAHWIN TAK JAGA SOLAT?

Foto hiasan.
Berikut antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan:
1. Jarang atau tidak pernah menyebut tentang solat
Apa yang dapat diperhatikan, salam perbualan harian langsung tak pernah sebut tentang waktu solat, surau, atau masjid. Malah, si dia sama ada lelaki atau perempuan tidak pernah ajak atau ingatkan solat ketika keluar bersama, walaupun dah masuk waktu solat.
2. Tidak solat ketika berada bersama
Bila keluar atau bercuti bersama (dengan mahram atau dalam kumpulan), dia tidak menunjukkan usaha untuk cari tempat solat atau langsung tidak solat. Bukan itu sahaja, si dia malah tidak risau bila masuk waktu solat, seolah-olah tidak penting.
3. Bagi alasan bila diajak solat
Contoh alasan seperti “Nanti kejap lagi”, “Oh takpe dekat rumah je nanti”, atau “tak sempat”. Bila terlalu kerap dan konsisten bagi alasan, itu mungkin petanda.
4. Gaya hidup yang tidak berpaksikan agama
Dari segi luaran pun anda dah tahu apabila lihat si dia tidak menjaga batas pergaulan, cara berpakaian terlalu bebas, atau suka keluar malam tanpa arah tujuan. Walaupun ini bukan bukti yang kukuh, ia boleh jadi petunjuk kepada kelalaian terhadap perintah agama, termasuk solat.
5. Tidak kisah tentang isu agama
Tidak pernah menunjukkan minat pada perkara berkaitan agama atau menunjukkan sikap acuh tak acuh bila dibincangkan soal agama dan ibadah.
Jadi, apa yang boleh kita buat?

Foto hiasan.
Pertama sekali, anda boleh tanya dengan berhemah iaitu secara terbuka tapi beradab. Contohnya, “Kalau travel jauh, biasanya solat macam mana ya?” atau “Pernah tak tinggal solat sebab kerja?”
Kedua, perhatikan dalam tempoh ta’aruf jika anda serius nak jadikan pasangan hidup, perhatikan adab solat dia dari jauh atau melalui pertanyaan kepada orang yang mengenali dia terlebih dahulu.
Akhir sekali, boleh minta doa dan petunjuk Allah. Kadang-kadang orang boleh berubah tapi kalau jelas dia abaikan solat, itu tanda utama untuk fikir semula sebab solat adalah tiang agama.
*Semoga yang bertemu dan berjodoh dengan kita itu yang dapat menjaga solat dan agama seperti nyawanya sendiri. Aamin..
Baca juga: Cara Nak ‘Detect’ Suami BERNAFSU Besar Atau Kecil, Suruh Cik Abang Tulis 3 Huruf Ini
Sumber: Tiktok @IddinRamli
