Euforia Bola 2026
Didik

“Gaji Bidang Kemahiran Boleh Cecah RM6,000!”- Ini Sebab TVET Tarik Minat Pelajar Cemerlang

pendidikan tvet

Selama ini, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional  atau Pendidikan TVET sering dianggap sebagai laluan untuk pelajar yang tidak begitu menyerlah dalam akademik dan mempunyai gaji rendah. Namun, persepsi itu kini sudah jauh ketinggalan zaman.

Pada tahun 2024, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menetapkan gaji premium kepada lepasan TVET pada kadar antara RM2,500 hingga RM4,000. Lebih tinggi dari biasa!

Baca juga: Murid Tahun 1 Akan Diperkenalkan Dengan Elemen TVET Tahun 2027, Bagus Tapi Perlu Ke?

GAJI LEPASAN PENDIDIKAN TVET CECAH RM6,000? INI SEBABNYA

pendidikan tvet

Menurut laporan perkongsian dari Sinar Bestari yang menemu bual Nor Shazwani Shamshudin dari Institut Kemahiran MARA Johor Bahru (IKMJB) menjelaskan bahawa tanggapan negatif terhadap TVET harus diubah kerana bidang ini kini semakin mendapat tempat. Bukan sahaja dalam kalangan pelajar biasa, malah turut menarik minat pelajar cemerlang termasuk lepasan MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

“Kalau dulu, mungkin betul TVET hanya untuk kerja tangan semata-mata. Tapi sekarang, pelajar TVET bukan saja mahir di bengkel, mereka juga bergaya profesional – lengkap berkemeja dan bertali leher,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dia turut menambah bahawa pelajar TVET hari ini bukan sekadar memperoleh sijil asas, bahkan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Sijil Teknologi, Diploma Kompetensi dan bahkan sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) – sesuatu yang dahulu sukar dibayangkan dalam dunia TVET.

Skop Belajar Lebih Luas, Gaji Pun Boleh Cecah RM6,000

pendidikan tvet

Foto: Freepik AI

Ramai yang masih mengaitkan TVET dengan bidang seperti automotif, kimpalan atau elektrik namun, skop sebenar TVET jauh lebih luas. Ia merangkumi pelbagai bidang seperti Fesyen, Kulinari, Spa, Teknologi Maklumat, Penggayaan Rambut dan banyak lagi.

“TVET sangat sesuai untuk mereka yang suka bekerja secara praktikal dan kurang minat terhadap teori. Di IKMJB misalnya, kami menawarkan program seperti Diploma Kompetensi yang terdiri daripada 80% latihan amali atau Diploma Industri dengan 90% amali,” ujar Nor Shazwani.

Malah, dia turut menekankan bahawa TVET membuka laluan pantas ke alam pekerjaan.

“Lepasan SPM boleh terus menyambung pengajian di institusi seperti IKM, KKTM atau GiatMara. Dalam tempoh dua tahun, mereka boleh tamat pengajian dan sedia untuk bekerja. Contohnya, pelajar Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin boleh mula bekerja pada usia 20 tahun, dengan gaji permulaan antara RM2,500 hingga RM6,000, bergantung kepada bidang dan elaun,” katanya.

Nor Shazwani turut menyeru agar ibu bapa lebih terbuka dalam menerima laluan pendidikan anak-anak. Dia menyatakan bahawa ramai lepasan SPM kini lebih jelas dengan pilihan kerjaya mereka berbanding ibu bapa.

Kebanyakan pelajar yang hubungi saya sudah tahu program apa yang mereka mahu. Mereka banyak mendapat maklumat melalui platform seperti TikTok,” kongsinya.

*TVET kini bukanlah lagi dijadikan sebagai pilihan terakhir. Selari dengan keperluan industri, pelajar yang berminat dengan kemahiran sangat dialu-alukan untuk memilih bidang ini untuk tentukan masa depan dengan bijak!

Baca juga: Ini Senarai Ranking Sekolah Yang ‘Top’ SPM 2024 Untuk SBP & MRSM, Tahniah Buat Semua!

Sumber: Sinar Bestari, AWANI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×