Euforia Bola 2026
Famili

4 Jam Ibu Keluar Dengan Teman Lelaki Tinggal 3 Anak Kecil Di Rumah, Akhirnya Maut Dalam Kebakaran!

kebakaran rumah

Disangka akan menjalani kehidupan seperti biasa akhirnya bertukar tragedi ngeri apabila kediaman sebuah keluarga dijilat api dalam satu kejadian kebakaran rumah yang menyayat hati. Lebih memilukan, tiga kanak-kanak menjadi mangsa keadaan selepas ditinggalkan bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa.

Kejadian yang berlaku pada petang awal Mei itu bukan sahaja meragut nyawa, tetapi turut menimbulkan pelbagai persoalan terhadap tanggungjawab dan keprihatinan seorang ibu.

Baca juga: 20 Hari Anak Dirawat, Satu Sen Pun Tak Dibayar! Ibu Dakwa Takaful Tolak Tuntutan Tanpa Asas Logik

Tragedi Tanpa Diduga: Tiga Kanak-Kanak Maut Dalam Kebakaran Rumah Ketika Ditinggalkan Ibu

kebakaran rumah

Foto: Detik

Menurut laporan Detik.com, seorang wanita menerima tamparan hebat apabila keputusannya meninggalkan anak-anak kecilnya tanpa pengawasan berakhir dengan tragedi memilukan. Pada 6 Mei, kira-kira jam 3.21 petang, rumah mereka dilaporkan terbakar, meragut nyawa tiga kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun.

Menurut laporan, wanita yang juga ibu tunggal itu keluar bersama teman lelakinya pada hari kejadian kononnya untuk mencari makanan. Mereka dipercayai meninggalkan rumah sekitar jam 11.30 pagi dan hanya pulang semula sekitar jam 4.00 petang. Setibanya di kediaman, mereka terkejut mendapati rumah sudah diselubungi asap tebal.

“Maklumat awal mendapati kotak meter elektrik rumah itu kerap jatuh, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan,” siasatan polis.

Anak-anak ditinggal tanpa penjaga, ibu tak tunjuk rasa bersalah

kebakaran rumah

Foto bersama ayah kandung

Pasukan bomba yang tiba di lokasi berusaha sedaya upaya memadamkan api dan menyelamatkan mangsa. Namun, dua kanak-kanak berusia satu dan dua tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi dikejarkan ke hospital dalam keadaan parah akibat melecur, namun seorang daripada mereka turut menghembuskan nafas terakhir tidak lama selepas itu. Dikatakan juga dalam kalangan kanak-kanak tersebut juga merupakan pasangan kembar.

Tindakan si ibu meninggalkan anak-anak kecil selama berjam-jam tanpa pengawasan nyata mengundang kemarahan ahli keluarga. Mereka meluahkan rasa kecewa apabila wanita terbabit didakwa langsung tidak menunjukkan rasa bersalah atau kesal atas apa yang telah berlaku.

*Macam mana boleh terfikir nak keluar dan tinggal anak-anak macam ini ya? Mabuk cinta gamaknya…

Baca juga: STOP Guna Sticker Lelaki Menangis Ini Di Whatsapp, Dia Kehilangan 5 Anak Dalam Tsunami 2004!

Sumber: Sinar Harian, Detik.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×