Adik-adik di luar sana ada yang bercita-cita bergelar doktor perubatan tetapi masih belum mengetahui prosesnya? Jangan risau, di bawah ini penulis kongsikan 5 pilihan untuk anda mengampai impian.
Doktor perubatan memainkan peranan penting dalam sistem penjagaan kesihatan sesebuah negara. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk merawat pesakit tetapi berperanan untuk memastikan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.
Baca juga: Seramai 1789 Calon SPM 2024 Peroleh Semua G, Meningkat Berbanding Tahun 2023
5 CARA UNTUK BERGELAR DOKTOR PERUBATAN

Freepik
Perlu diingatkan bahawa pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya gred B untuk subjek ini:
- Biologi
- Kimia
- Fizik
- Matematik tambahan
- Matematik
- Bahasa Inggeris
1. Matrikulasi
Selepas tamat SPM, anda boleh menyambung pelajaran di peringkat matrikulasi dengan mengambil bidang sains hayat selama satu atau dua tahun.
Pastikan anda mendapat CGPA 3.8 dan MUET Band 4 ke atas. Seterusnya, anda boleh menyelamatkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Perubatan selama 5 tahun.
2. Asasi sains/perubatan
Selepas tamat SPM, lanjutkan pelajaran ke tahap asasi bidang sains atau perubatan selama 1 tahun. Pastikan anda mendapat CGPA 3.8 dan MUET Band 4 ke atas.
Terdapat dua jenis asasi iaitu terbuka dan tertutup.
Terbuka – boleh mohon universiti awam lain untuk sambung ijazah sarjana muda melalui UPU.
Tertutup – tak boleh mohon universiti awam lain dan kena sambung ijazah sarjana muda di universiti yang sama.
Kemudian, belajar ijazah doktor perubatan selama 5 tahun.
3. STPM (aliran sains)
Proses lain untuk menjadi doktor perubatan adalah adik-adik boleh melanjutkan pelajaran ke tahap STPM dalam aliran sains selama 1 tahun setengah.
Pastikan anda . Pastikan anda mendapat CGPA 3.8 dan MUET Band 4 ke atas dan sambung ijazah doktor perubatan selama 5 tahun.
4. Diploma sains
Langkah lain boleh dicuba untuk bergelar doktor perubatan adalah dengan menyambung pelajaran dalam diploma sains selama 2 tahun setengah.
Sama seperti di atas, anda perlu mendapat CGPA 3.8 dan MUET Band 4 ke atas dan sambung ijazah doktor perubatan selama 5 tahun.
5. A-level
Pilihan proses terakhir untuk menjadi doktor perubatan adalah dengan memasuki a-level selama 2 tahun. Setelah itu, sambung ijazah doktor perubatan selama 5 tahun.
Ini hanyalah panduan umum sahaja, keperluan khusus mungkin berbeza bergantung kepada universiti. Sesetengah universiti terkemuka mempunyai kriteria kemasukan yang lebih tinggi, manakala yang lain mungkin lebih fleksibel. Semoga berjaya!
Baca juga: 14,179 Pelajar Peroleh Semua A Untuk SPM 2024, Meningkat Berbanding Tahun 2023
Sumber: TikTok Syasyaaa
