Euforia Bola 2026
Didik

Ini 11 Laman Web Penting Mak Ayah & Adik Lepasan SPM WAJIB Tahu, Buat Pilihan Bijak Tau!

lepasan spm

Selepas keputusan SPM dan STPM diumumkan, ramai pelajar dan ibu bapa mula mencari peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Penting untuk pelajar lepasan SPM terutamanya, tahu semua saluran permohonan yang ada supaya tidak terlepas sebarang peluang.

Lebih baik mohon banyak pilihan daripada menyesal kemudian hari bukan? Jadi, berikut adalah senarai laman web rasmi yang perlu anda tahu untuk permohonan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti, program matrikulasi, IPG, TVET, dan institusi pendidikan MARA.

Baca juga: Ini Senarai Ranking Sekolah Yang ‘Top’ SPM 2024 Untuk SBP & MRSM, Tahniah Buat Semua!

11 RUJUKAN LALUAN LEPASAN SPM & STPM, MOHON SEMUA DALAM SENARAI INI!

lepasan spm

Foto hiasan.

Pastikan anda semak dan mohon di laman-laman ini!

1. Laman web UPU

Ini untuk permohonan 18 (lepasan SPM setaraf) 20 (lepasan STPM setaraf) universiti awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Mara dan Kolej Profesional MARA – https://upu.mohe.gov.my/

2. Laman web UPTVET

Setakat ini, ini laman web yang saya jumpa. Laman web utama – https://mohon.tvet.gov.my/
Katalog kursus (mungkin akan dikemaskini) – https://mohon.tvet.gov.my/awam-kursus/katalog

3. Laman web Matrikulasi KPM

Sudah dibuka bermula 1 Disember 2024 – https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm

4. Laman web IPG

Sedang dikemaskini – https://pismp.moe.gov.my/

5. Laman web TVET Mara

(KKTM, MJII dan IKM) – www.tvetmara.edu.my

6. Laman web KPTM

(Pendidikan Tinggi MARA) – https://www.kptm.edu.my/ms/

7. Laman web UPTM

(Pendidikan Tinggi MARA) – https://www.uptm.edu.my/

8. UniKL

(Pendidikan Tinggi MARA) – https://intake.unikl.edu.my/

9. GIATMARA

(Institusi Pendidikan TVET MARA) – https://giatmara.edu.my/

10. German-Malaysian Institute

(Institusi Pendidikan TVET MARA) – https://www.gmi.edu.my/

11. Semakan Tingkatan 6

Boleh semak di – https://sst6.moe.gov.my/semakant6/index.cfm

*Selamat memohon!

Baca juga: 7 Kelebihan Tingkatan 6 Yang Boleh Jadi Jalan Pintas Masuk Universiti, Jangan Pandang ‘Rendah’!

Sumber: Hidayah Sahalan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×