Kabinet dapur gas yang tidak berlubang boleh mendatangkan bahaya sewaktu ia digunakan. Di mana, terdapat banyak insiden dapur gas meletup gara-gara tempat meletakkan tong gas tiada langsung lubang ruang udara.
Antaranya adalah pengalaman ngeri yang terjadi pada jiran Anis Hafiza sewaktu ingin memasak. Dikatakan, kabinet dapur gas jirannya tidak mempunyai ruang udara untuk mengalir keluar masuk yang kemungkinan menjadi punca kepada letupan itu.
Baca juga: ‘Step By Step’ Tukar Kapasitor Kipas Siling, Kelajuan 1 Rasa Macam Angin Turbo!
BAHAYA KABINET DAPUR GAS TAK BERLUBANG

Gambar Anis Hafiza
Bulan lepas rumah jiran hujung sana, di timpa kemalangan kecil. Dapur gas meletup. Terbakar juga pada wifenya 13%.
Kesnya, kabinet dapur sekarang tiada lubang dan tiada kedap udara, sama ada belakang ruang dinding dan hadapan pintu kabinet dapur. Jadi, sekurang-kurangnya tebuk lah sedikit lubang udara.
Kejadiannya gas meletup dalam tempoh 15 minit semasa masak untuk berbuka puasa. Saya ada juga tebuk buat ruang udara tapi ruang bawah lah.
Ini pun risau takut cik pas dan cik cak (lipas dan cicak) yang buat sarang telur dekat lubang itu. Jadi, buat teman-teman yang buat kabinet design terkini, pastikan ada ruang pengudaraan.
Baca juga: Cara Buat Lilin DIY Guna Pengorek Telinga, Penyelamat ‘Black Out’ Tengah Malam!
Kisah warga maya yang mempunyai pengalaman sama!
Menjengah di ruangan komen, ramai dalam kalangan warga maya bersetuju dengan peringatan yang dikongsikan itu.
Malah, seorang warga maya berkongsi insiden sama yang berlaku pada bapanya pada sembilan tahun lepas, gara-gara tempat meletakkan tong gas tiada langsung lubang ruang udara.
“9 tahun lepas abah saya pun kena macam jiran puan. Habis melecur sampai kena api dekat anggota badan dan kening dan kena juga api pada rambut adik.
“Setelah kejadian tu, bila nak masak abah buka pintu kabinet sebab memang tak ada langsung ruang udara. Baru ini rumah saya, saya minta tukang buat lubang udara macam ini,” cerita Oja Chacha’s.
Selain itu, pelayar lain juga memberi idea untuk membuka pintu kabinet sebelum dan semasa menggunakan dapur gas agar udara dapat mengalir keluar dan masuk dengan baik.
Baca juga: 5 Tips Kemas Rumah Cepat-Cepat, Bila Tetamu Nak Datang ‘Last Minute’!
Sumber: Anis Hafiza
FT Image: Anis Hafiza
