Euforia Bola 2026
Dapur

Awas! Jangan Terbalikkan Tong Gas Macam Ini, Silap Langkah Boleh Jadi Tragedi Di Dapur

TONG GAS DAPUR

Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa tindakan terbalikkan tong gas dapur atau mencucinya dengan sabun sebenarnya boleh mendatangkan bahaya besar.

Perkara ini nampak remeh, tetapi jika tersilap langkah, boleh menyebabkan kebocoran gas, kerosakan injap, malah risiko meletup.

Baca juga: Resepi Sup Kosong Ala Gerai Ini Dapat 20K Shares, Letak Bahan Ini Baru Lagi Puas Nak Hirup!

JANGAN SESEKALI BASUH TONG GAS DAPUR MACAM INI, BAHAYA

TONG GAS DAPUR

Tong gas dapur atau silinder LPG direka khas untuk mengeluarkan wap gas, bukannya cecair gas. Di dalam tong tersebut, gas disimpan dalam bentuk cecair di bawah tekanan tinggi.

Apabila tong gas diterbalikkan, cecair LPG boleh keluar melalui saluran yang sepatutnya hanya melepaskan wap. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan kebocoran gas yang berpotensi mencetuskan kebakaran atau letupan sekiranya terdedah kepada sumber api.

Selain itu, mencuci tong gas dengan sabun seperti dalam gambar juga bukan amalan yang disarankan. Ramai beranggapan sabun boleh membantu membersihkan kesan kotoran atau minyak, tetapi bahan kimia dalam sabun boleh menghakis lapisan cat dan logam pada tong gas.

Lama-kelamaan, hakisan ini boleh menyebabkan karat dan menjejaskan struktur keselamatan tong. Lebih bahaya lagi, air sabun yang menitis atau berkumpul di bahagian injap boleh masuk ke dalam ruang penutup getah (seal), sekali gus melemahkan fungsi penebat gas.

TONG GAS DAPUR

Freepik

Sebagai langkah selamat, pengguna hanya perlu mengelap bahagian luar tong gas menggunakan kain lembap jika terdapat kotoran.

Jika ingin memeriksa sama ada terdapat kebocoran, gunakan air sabun pada bahagian injap dan kepala tong sahaja, bukan pada keseluruhan badan tong. Jika muncul buih kecil, itu tanda ada kebocoran dan perlu segera dimaklumkan kepada pembekal gas.

Sekiranya muncul buih kecil, itu tanda ada kebocoran dan perlu maklumkan kepada pembekal gas. Elakkan daripada menerbalikkan atau mencuci tong gas dengan sabun demi keselamatan bersama.

Baca juga: Resepi Sup Ketam Thai Ini Sama Macam Di Hatyai, Sekali Hirup Terus Nak Tambah Lagi!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×