Euforia Bola 2026
Famili

Arab Saudi Iktiraf Malaysia Negara Pertama Di Dunia, Edar Kad Nusuk Kepada Jemaah Haji!

kad nusuk

Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi negara pertama di dunia diberi kebenaran oleh Kerajaan Arab Saudi untuk mengedarkan kad Nusuk dalam negara ini kepada Jemaah Haji sebelum jemaah berlepas ke Tanah Suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kebenaran yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi itu merupakan satu pengiktirafan kepada kecekapan sistem pengurusan jemaah haji Malaysia.

Baca juga: Ibu Kongsi Pengalaman Pas OKU SMILE Buat Anaknya, ‘Travel’ Percuma Semua Pengangkutan Awam!

MALAYSIA NEGARA PERTAMA EDAR KAD NUSUK

kad nusuk

“Tahun lepas, kad Nusuk diserahkan di Makkah menjelang Wukuf, namun tahun ini ia diagihkan lebih awal bagi memudahkan pergerakan jemaah.

“Jika kita berjaya menguruskan agihan kad Nusuk dalam negara ini, inisiatif ini akan diperluaskan ke negara Islam lain.

“Ia satu pengiktirafan besar daripada Kerajaan Arab Saudi terhadap kecekapan sistem pengurusan haji negara, hasil hubungan erat dan strategik antara Tabung Haji (TH) dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan sesi ramah mesra ke Unit Proses Visa Haji bagi meninjau persiapan pengurusan visa jemaah haji musim ini.

Turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman.

Baca juga: [TERKINI] Kesan Darah Dalam Bilik Disahkan Milik Zayn Rayyan!

Apa itu Kad Nusuk?

Kad Nusuk ialah kad pengenalan rasmi yang diperkenalkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi semua jemaah haji dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, Mohd Na’im merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas kecekapan dalam pengeluaran visa serta penambahbaikan sistem kad Nusuk berkenaan.

“Insya-Allah, kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha TH untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah Malaysia,” katanya.

Sementara itu Mohd Na’im berkata proses pengeluaran visa bagi jemaah haji Malaysia musim 1446 Hijrah/2025 Masihi telah mencapai 45 peratus.

“TH juga sudah bersedia sepenuhnya (untuk mengendalikan urusan jemaah haji Malaysia) dengan persiapan hampir 100 peratus. Tahun ini, TH membawa seramai 632 petugas haji yang terdiri daripada petugas kebajikan, perubatan dan wakil agensi luar yang terbabit,” katanya.

Baca juga: Bahasa ASEAN Jadi Mata Pelajaran Elektif Di Sekolah! – Fadhlina Sidek

Sumber: Harian Metro

FT Image: AFP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×