Euforia Bola 2026
Asuh

“Ada Anak Saya Dalam Kotak Ini..”- Bayi Perempuan Ditemui Dalam Kotak Bersama ‘Nota Khas’ Buat Netizen Sebak

bayi perempuan

Kisah menyayat hati menggemparkan penduduk Kampung Brunei, Beaufort, Sabah apabila seorang bayi perempuan yang masih merah ditemui ditinggalkan dalam sebuah kotak di hadapan sebuah rumah tanpa nombor awal pagi semalam.

Penemuan tersebut bukan sahaja mencetuskan tanda tanya, malah meruntun perasaan orang ramai apabila bersama bayi itu turut ditemukan nota merayu agar si kecil dijaga dengan baik.

Baca juga: Keriangan Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak Perempuan Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam PPR

BAYI PEREMPUAN DALAM KOTAK BERSAMA NOTA BUAT NETIZEN MENGALIRKAN AIR MATA

bayi perempuan

Foto PDRM: Nota pada kotak.

Menurut laporan Berita Harian, bayi tersebut yang dianggarkan berusia sekitar 36 hari, ditinggalkan bersama nota yang tertulis “Ada anak saya dalam kotak ini” dan “Tolong jaga anak saya, semoga rezeki dipermurahkan”, yang dilekatkan pada penutup kotak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Wong Leong Meng memaklumkan bahawa pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu selepas seorang individu mendapati kotak tersebut berada di hadapan rumahnya sekitar jam 5.40 pagi.

“Menurut saksi, dia ternampak sebuah motosikal yang tidak dapat dikenal pasti jenisnya, dengan nombor pendaftaran bermula dengan huruf V dan berwarna putih, berada di kawasan hadapan rumah. Namun, pada waktu itu, dia tidak mengesyaki sebarang perkara mencurigakan.

“Dia sempat mengintai melalui tingkap sebelum penunggang motosikal itu segera beredar,” katanya.

Tambah beliau, bayi berkenaan telah dihantar ke Wad Kanak-kanak di Hospital Beaufort untuk mendapatkan rawatan. Pihak hospital juga telah mengambil sampel darah bayi bagi tujuan ujian paterniti, atas permintaan pihak polis.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan ibu kandung bayi tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi,” katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa sekitar jam 6.10 pagi, ketika saksi ingin keluar bekerja, dia terlihat sebuah kotak di hadapan pintu rumah. Setelah diperiksa, dia mendapati terdapat seorang bayi di dalamnya, bersama sehelai tuala dan sebiji limau nipis.

bayi perempuan

Foto PDRM: Bayi perempuan yang ditinggalkan.

*Sebaknya..semoga si kecil ini dapat bertemu semula dengan ibunya atau dapat dijaga dengan baik oleh individu berhati mulia. 

Baca juga: Wanita Terkejut Jumpa Beg Berisi Bayi Perempuan Bertali Pusat, Muka Dah Bengkak Digigit Nyamuk…

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×