Terbaru, Universiti Al-Azhar bersetuju menurunkan yuran pengajian pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam bidang perubatan daripada RM150,000 kepada RM85,000 bagi tempoh lima tahun.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pengurangan sebanyak RM65,000 itu diperoleh hasil pengesahan rasmi diterimanya selepas melalui proses rundingan bersama pengurusan universiti berkenaan kira-kira empat bulan lalu.
Baca juga: Kemasukan Ke MRSM & SBP Diselaras Tahun Depan, Ramai Berpeluang Dapat Tempat!
UNIVERSITI AL-AZHAR TURUNKAN YURAN PELAJAR PERUBATAN TAJAAN MARA

Gambar: Hantaran di Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
“Alhamdulillah, berita ini amat menggembirakan. Insya-ALLAH saya akan mengarahkan Mara segera menyiapkan kertas cadangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dibentangkan kepada Majlis Jemaah Menteri.
“Tujuannya adalah bagi membolehkan MARA menyambung semula penajaan kepada pelajar Melayu-Bumiputera dalam bidang perubatan dan pergigian di Universiti Al-Azhar,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook semalam.
Baca juga: MARA Lantik Bekas Pegawai Tentera & Polis Jadi Warden, Demi Banteras Buli Di MRSM!
Sementara itu, beliau turut menjelaskan inisiatif memulakan semula penghantaran ke Universiti Al-Azhar dalam bidang perubatan dan pergigian.
Menurutnya, ia boleh dilakukan jika yuran serta kos pembiayaan penghantaran pelajar ke universiti terbabit lebih murah berbanding kebanyakan institusi pengajian tinggi swasta dalam negara.
“Lebih ramai pelajar boleh dibiayai untuk menjadi doktor dan doktor gigi kerana bidang-bidang ini di universiti berkenaan juga diiktiraf Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
“Pelajar bukan sahaja akan menekuni pengajian dalam bidang berkaitan tetapi wajib mengambil subjek fiqah yang terkait perubatan.
“Pelajar dikehendaki menghafaz sekurang-kurangnya lima juzuk al-Quran seiring dengan matlamat Mara sebagaimana saranan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid untuk melahirkan generasi ulul-albab,” ujarnya.
Baca juga: 51 Alasan Papa Mama Boleh Bagi Bila Anak Tak Hadir Sekolah, Mudah Guru Nak Isi Dalam Sistem!
Sumber: Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki
FT Image: Media Mulia / Barcelo Experience
