Baru-baru ini, menjadi tumpuan apabila suasana ceria dan penuh gelak tawa mewarnai acara Sukan Rakyat di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Pahang. Momen yang paling mencuri perhatian bukanlah acara sukan itu sendiri, tetapi telatah spontan dan mencuit hati Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Figura berjiwa rakyat ini yang membuatkan rakyat terhibur dan rasa dekat dengan keluarga diraja kesayangan mereka. ‘Sporting’ habis!
Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!
Tunku Azizah Cuit Hati Rakyat di Sukan Rakyat Ulu Tembeling

Salah satu detik yang paling mencuri tumpuan ialah ketika Tunku Azizah dilihat ‘menghalau’ para ibu yang cuba membantu anak-anak mereka sedang mengutip gula-gula dalam satu acara yang dikhususkan untuk kanak-kanak. Dalam suasana penuh mesra dan bersahaja, tindakan spontan TAP itu umpama seorang ibu yang sedang menegur anak-anaknya, mencerminkan keperibadiannya yang dekat di hati rakyat.
Telatah TAP yang bersahaja ini bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan sisi mesra seorang Raja Permaisuri yang tidak kekok bergaul dengan rakyat. Reaksi masyarakat yang hadir juga jelas menunjukkan betapa kasih dan hormat mereka terhadap Baginda yang terkenal dengan sifat penyayang dan merendah diri.
Majlis Sukan Rakyat ini turut diserikan dengan kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli bersama rakyat jelata. Turut berangkat mengiringi Baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Acara ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara institusi diraja dan rakyat, malah menjadi satu kenangan manis buat penduduk Kampung Bantal yang bertuah menerima kunjungan keluarga diraja dalam suasana penuh ceria dan harmoni.
“Ya Allah comel siap kena cubit..”– netizen.
“Kenapa la comel sangat TAP ni..suka tengok cara tuanku melayan rakyat..”– netizen.
“Kan dah kena debik, Tuanku Permaisuri memang rare hahaha semoga sihat selalu hendaknya..”– netizen.
@7his.fanspage KDPB Tengku Ampuan Pahang #tengkumahkotapahang #tengkuhassanalibrahimshah #tengkuhassanal ♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel & Thomas Hewitt Jones
Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!
Sumber: Foto @houseofpahang, Tiktok @7his.fanpage
