Euforia Bola 2026
Sihat

Sebenarnya Ada ‘Fungsi’ Pilih Air Kelapa Muda Atau Tua Ikut Tahap Kesihatan, Jangan Main Minum!

AIR KELAPA

Air kelapa bukan sahaja menyegarkan malah turut dikenali sebagai minuman semula jadi yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti dijelaskan oleh Dr Suri Roowi.

Menurutnya, air kelapa tua atau muda mempunyai peranan tersendiri dalam merawat penyakit seperti darah tinggi, jantung dan lain-lain.

Baca juga: Minyak Wangi ‘Murah’ Di Pasaran Ada Bahan Kimia Beracun, Jangan Mudah Terpedaya!

NAK PILIH AIR KELAPA TUA ATAU MUDA?

AIR KELAPA

Freepik

Bagi pesakit darah tinggi, minum air kelapa tua lebih sesuai berbanding muda. Hal ini kerana kandungan potassium dan magnesium lebih tinggi dalam air kelapa tua.

Kajian menunjukkan diet tinggi potassium. magnesium, fiber dan rendah garam lebih sesuai untuk pesakit darah tinggi.

Menurut kajian yang dilakukan oleuh UPM yang diterbitkan dalam International Journal of Food Properties pada tahun 2018 mendapati kelapa tua lebih tinggi kandungan ‘potassium’ (237 – 361mg /100 mL) berbanding air kelapa muda.

Memandangkan kandungan potassium juga tinggi dalam air kelapa muda (260 mg/L berbanding air kelapa tua 361mg/L), pesakit buah pinggang perlu hadkan pengambilan air kelapa muda atau tua.

Pesakit jantung pula lebih sesuai minum air kelapa muda. Ini kerana kajian menunjukkan asid amino ‘arginin’ hadir dalam kelapa muda pada kuantiti 300 mg/L. Bahan ini membantu masalah jantung.

Bagi merawat masalah demam pula, air kelapa muda lebih sesuai berbanding air kelapa tua. Selain tinggi kandungan vitamin C, kajian yang diterbitkan dalam Journal of Intercultural Ethnopharmacology pada 2016 mendapati air kelapa muda boleh kurangkan demam lebih kuat berbanding air kelapa tua. Justeru, minum air kelapa muda lebih sesuai untuk atasi masalah demam.

Bagi pesakit batu karang, kajian menunjukkan meminum air kelapa muda dapat meningkatkan bahan ‘citrate’ dalam air kencing. ‘Citrate’ adalah bahan yang boleh menghalang pembentukan batu karang.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Selalu Minum Teh Tarik Pun Tak Apa, Bila Gabung Dengan Makanan Ini Bacaan Gula Tak Naik!

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×