Selepas minum air kelapa yang telah rosak dan tercemar dengan kulat berbahaya, seorang lelaki berusia 69 tahun maut disebabkan kerosakan otak dalam tempoh kurang sehari.
Kejadian tersebut dilaporkan dalam satu kajian perubatan pada tahun 2021.
Baca juga: Malang Memang Tak Berbau, Tapi Ada Teknik Paling Berkesan Elak Kemalangan Motor!
LELAKI MAUT MINUM AIR KELAPA

Gambar hiasan.
Kisahnya bermula apabila mangsa yang merupakan warga Denmark meminum air terus dari sebiji kelapa menggunakan straw yang disediakan.
Menyedari airnya berbau dan berasa pelik, lelaki itu hanya meneguk sedikit. Namun, selepas membelah kelapa tersebut, dia mendapati bahagian dalamnya berlendir dan kelihatan rosak.
Kelapa itu telah dikupas dan dibungkus secara komersial lengkap dengan lubang serta straw.
Sepatutnya, ia disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4°C hingga 5°C. Namun, kelapa tersebut dibiarkan di atas meja dapur selama sebulan sejak dibeli.
Baca juga: Dr Minta ‘Parents’ Jangan Buat Main Anak Ada Asma, Boleh Menyesal Kalau Dibiarkan!
3 jam selepas minum air kelapa yang tercemar
Lelaki berkenaan mula mengalami peluh berlebihan, loya dan muntah, selepas tiga jam meminum air kelapa itu.
Dia dilaporkan keliru, tidak stabil, kulitnya pucat dan lembap oleh paramedik yang kemudiannya tiba di tempat kejadian. Namun, masih boleh menggerakkan anggota badan.
Kemudian, mangsa dibawa ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas tahap kesedarannya merosot.
Selepas 26 jam dirawat, keadaannya menunjukkan tanda-tanda kematian otak dan rawatan dihentikan.
Baca juga: 5 Perubahan Pelik Bila Faraj ‘Tidur’ Terlalu Lama, Dr. Kongsi Untuk Wanita Ambil Serius!
Keracunan asid 3-NPA sebagai punca kematian
Hasil pemeriksaan menunjukkan punca kematian adalah keracunan asid 3-nitropropionik (3-NPA).
Ia sejenis toksin berbahaya yang dihasilkan oleh kulat Arthrinium saccharicola yang mencemari air kelapa tersebut. Toksin ini mengganggu fungsi sel dan menyebabkan kerosakan otak yang teruk.
Pakar menjelaskan gejala keracunan ini sama seperti kes keracunan tebu basi yang pernah dilaporkan di beberapa negara.
Di mana, mangsa mengalami gejala awal seperti muntah dan cirit-birit, diikuti masalah saraf yang boleh membawa kepada koma dan kematian.
Baca juga: Detik Cemas Di 1 Syawal, Bapa Tenang Jadi Bidan Terjun Sambut Anak Lahir Dalam Kereta
Sumber: The Reporter
FT Image: travel-photoghraphy
