Terbaharu, seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di bawah jagaan pengasuh di Kangkar Pulai, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa yang berusia 31 tahun pada Rabu.
Baca juga: “Kena Belasah Dah Sekor Sekor…” Mesej 6 Bulan Sebelum Zayn Rayyan Maut Didedahkan Di Mahkamah!
BAYI LELAKI 5 BULAN MENINGGAL DUNIA DI RUMAH PENGASUH

Gambar Sinar Harian: Bapa mangsa membawa jenazah untuk solat jenazah.
“Siasatan awal mendapati bayi lelaki tersebut tidak sedarkan diri selepas dikejutkan daripada tidur oleh pengasuh, seorang wanita tempatan berumur 34 tahun.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
“Hasil bedah siasat ke atas bayi tersebut juga tidak menemukan sebarang kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa, namun punca kematian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Baca juga: Bapa Didakwa ‘Ajar’ Anak Kecilnya, Tak Cukup Lempang Turut Dihempas Dalam Kereta!
Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.
Sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Baca juga: Ibu Siram Anak Air Panas Gara-Gara Main Alat Soleknya, Dibongkar Oleh Guru!
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Sinar Harian
