Euforia Bola 2026
Famili

“Memang Carut Dalam Hati” Netizen Marah Lepas Tengok CCTV Tular, Pengasuh Didakwa Bun*h Bayi Lelaki 7 Bulan Di Taska

bayi lelaki

Kes melibatkan bayi lelaki yang maut di sebuah taska di Bandar Kinrara, Puchong baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas seorang pengasuh didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh mangsa.

Menurut laporan media, wanita berusia 28 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang bayi lelaki dikenali sebagai Muhammad Eiden Faheem Mohammed Nor Syafiq di sebuah taska di Bandar Kinrara, awal bulan ini.

Baca juga: “Saya Terlewat Beberapa Minit…” Ibu Luah Detik Pilu Kehilangan Anak 8 Tahun, Dilanggar Van Depan Sekolah

BAYI LELAKI 7 BULAN MAUT DI TASKA BANDAR KIRARA

bayi lelaki

Gambar: BERNAMA

Tertuduh, Balqish Mohammad Dzyhan, dilaporkan mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada wanita terbabit memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mahkamah turut menetapkan 14 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian bayi berusia tujuh bulan itu di sebuah taska di Kinrara Commercial Unit antara jam 9.30 pagi hingga 10.40 pagi pada 5 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta minimum 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainul Athirah Jamalullail, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Suraj Singh. Turut hadir pada prosiding itu ialah peguam pemerhati keluarga, Nur Syakirah Nor Azam Shah.

Baca juga: Akibat Pendarahan Dalam Kepala Setelah Dihempas, Bayi 2 Bulan Maut & Bapa Dipenjara 16 Tahun!

bayi lelaki

Gambar: Tangkap layar laporan berita di Buletin TV3.

Ramai luah rasa marah dan sedih

Sejurus kes itu dilaporkan media, ia telah mengundang pelbagai reaksi warga maya di media sosial, khususnya selepas video berkaitan insiden itu tular.

Seorang pengguna meluahkan rasa terkejut apabila menyedari kejadian tersebut berlaku di Malaysia, “Viral video itu semalam. Ingatkan kejadian di luar negara, rupanya dalam negara sendiri. Kesian bayi itu sampai mati kau hempap dia.”

Seorang lagi pengguna, turut berkongsi rasa geram selepas menonton video yang didakwa berkaitan kejadian tersebut, “Saya ada tengok video ini. Memang mencarut dalam hati saya. Bayi 7 bulan, apa saja lah daya dia bila diperlakukan macam itu.”

Dalam masa sama, ada juga warga maya yang berharap pemantauan di pusat jagaan dapat diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Sesiapa yang buat servis mengasuh wajib ada CCTV yang mak ayah boleh tengok guna fon sepanjang jam asuhan,” tulis warga maya yang lain.

Seorang lagi warga maya, mempersoalkan tindakan individu yang masih berani melakukan perkara tidak bertanggungjawab walaupun mengetahui kawasan terbabit mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

‘Pelik lah, dah tau ada cctv tapi ramai saja yang sengaja buat jahat,” ujarnya.

Kes ini terus akan menjadi perhatian ramai dan perkembangan lanjut dijangka diketahui selepas sebutan semula kes pada Julai nanti.

Baca juga: Bayi 2 Bulan Cirit-Birit Meninggal Dunia, Selepas Diberi Minum Minyak Herba Oleh Bidan Kampung!

Sumber: Berita Harian

FT Image: BERNAMA / Media sosial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×