Euforia Bola 2026
Asuh

Cara Mohon Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS 2025), Boleh Dapat Hingga RM5,000!

bantuan anis

Kerajaan Negeri Selangor terus menunjukkan keprihatinan kepada penduduknya dengan melaksanakan program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2025. Permohonan untuk bantuan ANIS ini telah dibuka mulai 7 April 2025 sehingga 18 April ini.

Justeru itu, ibu bapa yang mempunyai anak orang kelainan upaya (OKU) di Selangor dipelawa untuk memohon bantuan khas ini sebelum tarikh tutup permohonan.

Baca lagi: Senarai Barang & Jenama Keperluan Asas Boleh Beli Guna Bantuan MyKasih 2025, Banyak Pilihan!

BANTUAN ANIS 2025: INI MAKLUMAT MAK AYAH DI SELANGOR KENA TAHU!

bantuan anis

Foto: Jabatan ANIS

Berikut adalah pecahan bantuan yang ditawarkan:

– Kategori A (RM1,000): Bantuan pendidikan anak-anak yang menghadiri kelas khas dan sesi terapi.
– Kategori B (RM1,200): Bantuan ubat-ubatan untuk keperluan khas, dan makanan tambahan.
– Kategori C (sehingga RM5,000): Bantuan untuk membeli peralatan perubatan atau menjalani pembedahan perubatan yang diperlukan.

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk memohon bantuan khas ini:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Anak yang menjadi penerima manfaat mestilah berumur 18 tahun ke bawah.
3. Ibu bapa atau penjaga anak tersebut mesti merupakan pengundi di negeri Selangor.
4. Bagi keluarga yang memenuhi syarat-syarat di atas, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Bantuan ANIS.

CARA MEMOHON BANTUAN

bantuan anis

Proses permohonan adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti :

1. Layari laman web rasmi Bantuan ANIS di pautan ini.

2. Daftar masuk dan isi borang permohonan dengan lengkap. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat.

3. Lampirkan dokumen penting seperti kad pengenalan pemohon, kad pengenalan ibu bapa / penjaga, serta dokumen sokongan lain yang diperlukan.

4. Setelah borang diisi, cetak borang permohonan dan hantar bersama dokumen sokongan ke Pusat Khidmat Masyarakat / Pejabat ADUN yang berdekatan atau Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS di Shah Alam.

5. Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS beralamat di:

East Entrance, Lot G26, Tingkat G,
Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

Pastikan permohonan anda dihantar sebelum tarikh akhir pada 18 April 2025 untuk memastikan ia diproses tepat pada waktunya. Tarikh untuk membuat permohonan online dibuka bermula 7 April 2025 (8.30 pagi) sehingga 18 April 2025 (5.00 petang).

Tarikh bagi menghantar dokumen sokongan pula dibuka bermula 8 April 2025 (8.30 pagi) sehingga 2 Mei 2025 (5.00 petang). Tarikh saluran bantuan pula akan bermula pada 25 Jun 2025.

Baca juga: Cara Semak Status Kelayakan Bantuan TAMBAHAN SARA 2025, Mungkin Kali Ini Anda Lulus!

Sumber: Jabatan ANIS 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×