Siapa sahaja yang tidak suka makan dan masak nasi ayam, bukan? Tapi tak semua versi nasi ayam akan buat kita ‘jatuh cinta’. Al-maklumlah, kadang-kadang nasi terlalu kering, kurang rasa, atau tak cukup harum.
Kali ini, mari kita bongkar rahsia dan cara mudah untuk masak nasi ayam yang bukan saja lembut dan gebu, tapi cukup wangi sampai jiran pun tertanya-tanya apa yang tengah dimasak! Dengan bahan-bahan ringkas dan teknik yang betul, anda pun boleh hasilkan nasi ayam setanding restoran malah mungkin lagi sedap.
Baca lagi: Akhirnya Jumpa ‘Rahsia’ Arwah Mak Masak Nasi Lemak Susah Basi & Sambal ‘Kick’, Sedapnya!
CARA MASAK NASI AYAM LEBIH HARUM, LEMBUT DAN GEBU!

Bahan-bahan:
1 ketul mentega (gunakan separuh sahaja)
2 kiub pati ayam
4 cawan beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya
Bahan untuk menumis:
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan yang diikat
4 hiris halia
Cara-cara penyediaan:
1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan untuk menumis, masak sehingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam dan biarkan sebati.
2. Kemudian, matikan api (jika menggunakan dapur gas), masukkan beras, air rebusan ayam, dan air biasa mengikut sukatan biasa untuk memasak nasi. Gaul rata dan masak sehingga nasi masak. Siap.
3. Jika menggunakan periuk nasi, langkah-langkahnya sama.

Foto: Freepik
Tip untuk nasi cantik: Selepas nasi masak, gemburkan nasi perlahan-lahan agar nasi kelihatan cantik berderai dan lembut.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Sambal Sotong Kembang, Lembut & Tak Liat Macam Getah
