Kukus dan taknak merupakan antara kepelbagaian cara masak nasi yang digunakan oleh kebanyakan orang apabila periuk elektrik tiba-tiba bermasalah.
Melalui perkongsian Dzuriasikim Dzulkefli, cara mengukus adalah lebih baik berbanding nasi yang ditanak kerana ia boleh mengurangkan risiko hangus. Malah, cara masak nasi dengan mengukus pun dikatakan lebih mudah.
Baca juga: Wanita Dedah Bawang & Kentang ‘Tak Serasi’ Simpan Bersama, Letak Asing Akan Nampak Kesannya!
KUKUS! CARA MASAK NASI PALING SELAMAT TAK HANGUS

Gambar: Dzuriasikim Dzulkefli
Kelebihan nasi dikukus berbanding ditanak
Periuk nasi elektrik rosak. Anak perempuan sulung saya mula memasak nasi secara kukus. Saya pun ikut sekali.
Dalam air rebusan saya masukkan daun pandan. Baunya harum semerbak satu rumah.
Nasi kukus punya rasa dan keenakan tersendiri berbanding nasi yang ditanak. Tambah pula, anda tidak perlu bimbang kerana nasi tidak akan hangus.
Baca juga: Resipi 6 Jenis Air Sunquick Sedap Tak Terkata, Sampaikan Tetamu Yang Datang Tak Nak Balik Rumah!
Baca juga: 9 Pes Masakan Saiz Ketulan Ais Yang Wajib Ada Di Rumah, Cukup Sampai Raya!
Cara-cara mengukus nasi

Gambar: Dzuriasikim Dzulkefli
Cara untuk mengukus nasi sangatlah mudah.
- Bersihkan beras.
- Masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan air seperti kita mahu memasak nasi di dalam periuk elektrik.
- Susun mangkuk di dalam pengukus.
- Kukus sehingga masak.
Jumlah air
Jika air terkurang pun tidak mengapa kerana nasi akan tetap masak. Tetapi jangan lebih air ya, bimbang nasi akan lembik.
Saya menggunakan pengukus milik arwah ibu, syahdu sungguh. Sudah lebih 50 tahun usianya. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.
Baca juga: Cantik Elok Tak Putus & Kuning Keemasan, Ini Tips Celur Bihun Sup Utara!
Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli
FT Image: Dzuriasikim Dzulkefli
