Salah satu jenis menu berasaskan mi yang paling digemari ramai adalah mee wantan kicap. Sesuai disajikan dan dimakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya ketika sarapan, mi kicap ini juga sangat sesuai dimakan oleh kanak-kanak. Malah, cara penyediaan pun dalam 20 minit dah siap!
Berikut merupakan perkongsian resepi mi kicap yang paling mudah untuk anda sediakan dan paling penting adalah rasanya macam dimakan di restoran yang ‘pakar’ dalam menyediakan mi wantan kicap.
Baca juga: Didakwa Ada Sisa Kimia, Ini CARA TERBAIK Untuk Bersihkan Buah Anggur Shine Muscat Guna 1 Bahan
RESEPI MEE WANTAN KICAP PALING SENANG!

Bahan-bahan :
-Mi wantan, saya guna Mee Kering @ Dried Noodles.
–Bawang putih tumbuk halus
-Lada sulah
–Sos tiram
–Minyak bijan
-Kicap pekat
–Garam / Gula
–Tepung jagung
Cara untuk masak mi:
1.Mi kering dan sayur sawi celur sekejap.
2.Ayam diperap dengan kicap masin, kicap manis dan lada sulah lepas itu goreng.
3.Daun bawang sebagai hiasan.
Cara-cara seterusnya:
1.Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2.Titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat.
3.Kemudian perasakan garam, gula dan secukup rasa last sekali masukkan tepung jagung, kuahnya biar agak-agak pekat ya.
4.Masak sehingga kuah mendidih padam api.
5.Mi yang telah ditos tadi masukkan dalam bekas dan gaul-gaulkan dengan sedikit kuah kicap kemudian tuang dalam mangkuk.
6.Lepas itu ayam yang digoreng tadi dihiris nipis dan disusun atas mi bersama sayur.
7.Terakhir, tuang sedikit kuah kicap tadi, hias sedikit daun bawang dan siap!

*Sedapnya dimakan tidak kira bila masa pun terutamanya semasa sarapan. Boleh licin pinggan!
Baca juga: Jangan Buang Rambut Jagung Yang Berjurai-Jurai, Rupanya PADAT Dengan Khasiat Bila Direbus!
Sumber: Naura Aisya Aryan
