Euforia Bola 2026
Asuh

Bapa Didakwa ‘Ajar’ Anak Kecilnya, Tak Cukup Lempang Turut Dihempas Dalam Kereta!

menampar anak

Tular satu video menyaksikan seorang bapa dilihat berkali-kali menampar anak kecilnya yang dibaringkan di tempat duduk penumpang kereta di bahagian belakang.

Difahamkan, anak kecil itu berkelakuan nakal yang menyebabkan dia dikasari tanpa rasa simpati atau belas kasihan oleh bapanya.

Baca juga: Ibu Siram Anak Air Panas Gara-Gara Main Alat Soleknya, Dibongkar Oleh Guru!

BAPA MENAMPAR ANAK BERKALI-KALI

menampar anak

Tangkap layar dari video yang tular.

Rakaman berdurasi 1 minit 27 saat itu dipercayai dirakam dan dikongsi di Facebook oleh pasangan suami isteri yang menyaksikan kejadian di kawasan parkir dan berada bersebelahan dengan kereta tersebut.

“Betul ke cara ajar anak macam ini… Apa pendapat korang?

“Anak umur 2 ke 3 tahun. Baling barang orang (mungkin dekat kedai) bapa penampar 2 ke 3 kali sebelum masuk kereta. Bawa masuk kereta baringkan, henyak-henyak dan hempas bayi itu banyak kali.

“Mak dia tengok sahaja dekat depan. Cara ajar anak katanya,” jelasnya di kapsyen.

Baca juga: 8 Tips Buat Anak Mendengar Kata, Jangan Terkejut Selepas Ini Anak Terus Berubah!

Menerusi video itu, dapat didengari tangisan si kecil yang dimarahi dan dihenyak bapanya sambil disaksikan oleh dua kanak-kanak lain dipercayai anak-anaknya, yang berada di luar kereta.

“Aku pun ade 4 anak, anak aku pun sebaya bayi itu. Budak umur macam itu tahu apa? Biasalah kalau nak barang apa-apa kita tak bagi, dia baling-baling sahaja.

“Takkan sampai macam itu sekali…sampai merah padam muka bayi itu kena penampar. Kesiannya. Itu dekat luar, kalau dekat rumah entah macam mana lah dia buat anak dia yaaa.

“Mula-mula rasa macam biarlah anak orang malas nak sibuk tapi tengok dia henyak budak itu, terus rasa geram,” luahnya lagi.

Baca juga: Ketahui 11 Tanda Anak Kinestetik Jenis Buat Ibu Mengucap Panjang, Rupanya Ciri Orang Berjaya!

menampar anak

Tangkap layar dari video yang tular.

Selain itu, pelaku yang ditegur oleh pasangan suami isteri tersebut hanya membalas, “memang budak kecil, tapi kalau tak diajar macam mana?”

Video yang dimuat naik di Facebook sejak Sabtu lalu, telah ditonton sebanyak 3.2 juta kali dan dikongsi 10.5 ribu kali.

Baca juga: Kata Ulama, Jaga 3 Perkara Ini Agar Hati Anak Lembut & Tak Biadap Tingkahnya!

Sumber: Nazhatul Shima

FT Image: Nazhatul Shima

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×