Pengorbanan anak sulung sering kali tidak disedari namun peranannya amat besar dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak pertama, mereka memikul tanggungjawab yang berat, menjadi contoh kepada adik beradik seperti perkongsian seorang ibu di laman TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik itu, warganet rata-rata turut sebak melihat pengorbanan anak sulungnya yang dikenali sebagai Adawiyah Husna.
Baca juga: Nama Muhammad, Abdullah & Siti Jadi Pilihan Ibu Ayah, Paling Banyak Didaftarkan Di JPN…
PENGORBANAN ANAK SULUNG, LALUI PAHIT KEHIDUPAN

Jelas si ibu, pengalaman raya tahun 2024 ternyata membuka matanya melihat pengorbanan anak sulung yang banyak sendiri. Menerusi video tersebut, dapat dilihat suasana hiba menyelubungi keluarga tersebut sewaktu raya tahun lepas.
Si ayah turut melelehkan air mata apabila membaca kad ucapan raya daripada anak perempuannya itu.
“Anak sulung, dia yang pertama menyaksikan segalanya. Tangisan dan tawa ibu bapa saat masih belajar menjadi orang tua. Dialah yang melihat jatuh bangun keluarga yang paling awal merasa kurang dan lebihnya hidup.
“Dalam diam, dia simpan banyak luka, banyak cerita tapi tetap kuat, demi adik-adik dan demi kasih yang tak pernah diminta balas,” luah si ibu.
Si ibu turut meluahkan bahawa anak sulung yang berusia 10 tahun itu terpaksa bersahur dan berbuka puasa secara sendirian tanpa ibu ayah di sisi.
“Mommy minta maaf sebab tak banyak masa dapat luangkan ini. Anak darjah 4 ini banyak bangun sendiri untuk sahur dan berbuka sendirian juga.
“Ramadan tahun lepas, mommy dan adik baby banyak berada di hospital. Semoga tahun ini ada rezeki kita beraya bersama seperti keluarga yang lain. Terima kash anak sulung mommy, Adawiyah Husna,” katanya.
Perkongsian video dan pengorbanan anak sulung itu pastinya dibanjiri komen yang rata-rata memuji ketabahannya walaupun baru tahun empat.
Pada usia sekecil 10 tahun, dia sudah memahami erti tanggungjawab dan pengorbanan, sesuatu yang jarang dapat difahami oleh kanak-kanak seusianya.
Sikapnya yang matang dan kuat dalam menghadapi cabaran jelas menyentuh hati ramai, menjadikannya inspirasi kepada orang lain.
Baca juga: Anak Kena Renjatan Elektrik Ketika Main Di Padang Putrajaya, ‘Daging’ Terbakar Sampai Dalam!
Sumber: TikTok Fightermommy
