Euforia Bola 2026
Famili

Pencarian Tanpa Henti Selama 43 Tahun, Ibu Akhirnya Bertemu Semula Anak Sulung Yang Dirindui

ANAK SULUNG

Sebuah kisah tular di laman Facebook menarik perhatian ramai apabila seorang ibu akhirnya dipertemukan semula dengan anak sulung selepas terpisah selama 43 tahun.

Kali terakhir mereka berjumpa ketika si anak berusia enam tahun, sebelum keadaan memisahkan kedua-duanya dalam tempoh panjang.

Baca juga: Mata Nak Terlelap Lepas Makan Bukan Sebab Kenyang, Itu Petanda Anda Ada Penyakit Ini!

43 TAHUN TERPISAH DENGAN ANAK SULUNG, AKHIRNYA BERTEMU KEMBALI

ANAK SULUNG

Menurut perkongsian di laman Facebook, pelbagai usaha telah dilakukan sepanjang bertahun-tahun untuk menjejaki semula keberadaan abang sulung mereka. Namun setiap jalan yang dicuba berakhir dengan kekecewaan. Harapan tetap tidak pernah padam, tetapi pencarian itu bukan sesuatu yang mudah.

“Alhamdulillah setelah 43 tahun mak saya berpisah dengan abang sulung saya, kini mak dah jumpa kembali dengan anaknya. Kali terakhir mak bersama abang saya waktu umur abang saya 6 tahun. Dah macam-macam cara kami buat untuk mencari abang saya tapi tidak berjaya,” luahnya.

Segalanya berubah apabila cerita tersebut turut dikongsikan di dalam kumpulan Jejak Kenalan Lama (JKL). Langkah kecil iru menjadi titik permulaan kepada kisah besar dalam hidup mereka. Berkat bantuan orang ramai yang memberikan maklumat, sokongan serta doa, urusan pencarian akhirnya dipermudahkan.

ANAK SULUNG

“Nak dipendekkan cerita, saya pernah post dalam group ini Jejak Kenalan Lama (JKL) dan Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan kami. Tiada kata saya dapat katakan selain ucapan terima kasih pada semua yang bantu dan bagi kerjasama serta yang mendoakan untuk kami. Semoga mereka yang dalam usaha yang sama juga dipermudahkan urusannya,” ujarnya.

Keluarga berkenaan menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga atas bantuan komuniti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mempertemukan kembali dua insan yang telah lama terpisah.

Mereka turut mendoakan agar individu lain yang sedang berusaha mencari ahli keluarga atau kenalan lama turut dipermudahkan urusannya.

Baca juga: Cara Mudah Tanam Semula Cendawan Enoki Di Rumah, Tunggu 5 Hari Dah Dapat Hasilnya!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×