Ada banyak posisi seks untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan. Namun, anda perlulah berhati-hati kerana ada posisi yang dilarang dalam Islam.
Bukan sahaja tidak sopan dan tidak selesa, beberapa gaya hubungan intim berikut juga boleh membahayakan kesihatan jika dilakukan dalam jangka masa panjang. Sebelum terlanjur, mari lihat senarai posisi seks suami isteri yang dilarang Islam seperti berikut!
Baca juga: Suami Jangan Main Pegang Buah Dada Isteri Ketika Berpuasa, Boleh Batal Kalau Jadi Macam Ini…
POSISI SEKS DILARANG DALAM ISLAM
1. Seks dubur
Mempunyai hubungan seks melalui lubang dubur adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Hal ini kerana, anus menyimpan najis dan menyimpan banyak bakteria.
Selain itu, lapisan dubur cenderung lebih nipis yang menyebabkan dubur lebih mudah koyak sehingga virus dan bakteria dapat memasuki aliran darah. Kesudahannya, risiko penyakit berjangkit seksual seperti HIV dan HPV meningkat sebanyak 30 kali ganda.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Orang yang dilaknat itu adalah seorang yang mendatangi wanitanya pada duburnya.” Riwayat Ahmad (9733)
2. Seks sambil berdiri
Pada asasnya, hubungan seks berdiri tidak haram. Namun, hukumnya menjadi makruh kerana ia boleh membahayakan kesihatan pasangan dan diri sendiri.
Seorang doktor fisioterapi di Korle Bu Teaching Hospital menyatakan, bersetubuh sambil berdiri tidak disyorkan kerana berpotensi menyebabkan hipertensi dan strok.
Di mana, posisi berdiri akan menyebabkan aliran darah akan berlawanan dengan graviti dan menimbulkan kesan berdesir pada tekanan di jantung.
3. Posisi seks woman on top
Woman-on-top ialah kedudukan isteri di atas suami.
Dalam dunia perubatan, kedudukan ini dirujuk sebagai kedudukan paling berbahaya bagi zakar lelaki kerana ia boleh menyebabkan zakar patah. Di mana, sebanyak 50% daripada 28 kes kecederaan seperti dilaporkan jurnal Advances in Urology.
Baca juga: Sengaja Batal Puasa Dengan Makan Semata-Mata Nak Berjimak, Kena Bayar Kaffarah Ke?
Baca juga: Ada Wanita Ambil Ubat Tahan Haid Untuk Puasa Sebulan, Ini Hukumnya Dalam Islam!
PERKARA PERLU DIHINDARI SEMASA BERHUBUNGAN INTIM
Di samping posisi seks, terdapat beberapa perkara yang harus dihindari ketika berhubungan intim di dalam perspektif Islam, iaitu sepenuhnya berbogel dan tingkah laku sadisme dan masokisme.
4. Sepenuhnya berbogel
Walaupun melakukan seks di bilik persendirian, isteri masih perlu menutup tubuh semasa melakukannya seperti memakai selimut. Jika bertelanjang bulat, dikhuatiri ada makhluk lain yang boleh melihat seperti jin dan malaikat.
Dalam hadis riwayat Ibn Majah dengan sanad yang daif ada menyebutkan,
“Jika salah seorang daripada kalian mendatangi isterinya hendaklah menutup badannya dan jangan bertelanjang seperti telanjangnya dua ekor keldai.”
Selain itu, adalah lebih baik menutup sedikit kerana segan atau malu dengan Allah SWT.
5. Sadisme dan Masokisme
Sadisme dan masokisme adalah tingkah laku saling memberi dan menerima tindakan kekerasan atau kesakitan sebagai sebahagian daripada aktiviti seksual mereka.
Sebagai contoh memukul, menampar, menggunakan kata -kata yang kasar atau menghina dengan sengaja untuk menyakiti perasaan pasangan mereka untuk mendapatkan kuasa atau kawalan.
Aktiviti seksual yang mengandungi unsur-unsur keganasan adalah bertentangan dengan maqasid syariah kerana ia mengancam agama, akal dan jiwa.
Baca juga: Hukum Cakap Tak Best Atau Suami Tak Pandai Layan Masa ‘Bersama’, Berdosa Jika Suami TERASA HATI!
Sumber: Orami
FT Image: lifeforstock

