Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Siram Anak Air Panas Gara-Gara Main Alat Soleknya, Dibongkar Oleh Guru!

air panas

Keperitan ditanggung seorang kanak-kanak di Batu Berendam, Melaka yang cedera akibat disiram air panas oleh ibu sendiri, akhirnya terbongkar apabila ia dikesan oleh gurunya di sekolah pada Khamis lalu.

Punca kejadian dipercayai apabila kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu bermain alat solek milik ibunya, lantas membangkitkan rasa berang wanita tersebut.

Baca juga: Bayi Bilal 3 Tahun Lancar Mengaji, Ramai Terbuai Dengar Alunan Ayat Al-Quran Anak Sulung Neelofa!

IBU SIRAM ANAK 10 TAHUN DENGAN AIR PANAS

air panas

Gambar hiasan: Rawpixel.com

Menurut sumber, kejadian terbongkar apabila seorang guru kanak-kanak terbabit terlihat kesan lebam pada tangan kiri dan belakang badan mangsa ketika berada di sekolah semalam.

Katanya, guru berkenaan bertanyakan punca kecederaan itu sebelum kanak-kanak tersebut memberitahu dia telah disiram dengan air panas dan dipukul di rumah pada malam sebelumnya.

“Mangsa mendakwa dia dipukul menggunakan alat pengurut tangan selepas bermain alat solek milik ibunya. Selain itu, dia mendakwa disiram satu hingga dua cawan air panas,” kata sumber itu.

Baca juga: Pengalaman Ibu Sambut Puasa & Raya Bersama 2 Anak Istimewa, 14 Tahun Merantau Di Norway!

Baca juga: Sempat Toleh Kiri Kanan, Budak Nakal Calarkan Kasut Kulit Sampai Mengeluh Pekerja Butik!

Susulan itu, guru tersebut telah membawa kanak-kanak itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan mangsa kini ditahan di wad untuk pemantauan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi berkata, suspek telah direman sehari bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Baca juga: Aisyah Hijanah Umum Hamil Zuriat Keempat, Selepas Lahirkan Yang Ke-3 Tahun Lepas!

Sumber: Kosmo!

FT Image: Kosmo! / Rawpixel.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×