Euforia Bola 2026
Dapur

Resepi Biskut Raya Coklat Rice Viral Ini Kena Cuba, Buat Sebalang Mesti Tak Cukup!

BISKUT RAYA COKLAT

Biskut raya coklat rice antara yang tengah hangat di laman media sosial dan rata-rata mengambil peluang membuatnya sendiri di rumah.

Biskut coklat ini pastinya menjadi kegemaran ramai terutamanya anak kecil kerana gabungan rasa coklat yang manis dan tekstur rangup dalam setiap gigitan.

Baca juga: Resepi Daging Goreng Ketumbar ‘Ketagih’, Lenyek Dengan Nasi Panas Pasti Puas!

BISKUT RAYA COKLAT RICE VIRAL, ‘HITAM’ MACAM INI LEBIH MENAWAN

BISKUT RAYA COKLAT

Pertama kali cuba buat biskut raya coklat viral ni, memang sedap sangat!

Bahan-bahan:

  • 250g butter/majerin
  • 1 biji telur kuning
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan hiasan:

  • Coklat masakan
  • Coklat urai

Cara penyediaan biskut raya coklat:

1. Kacau butter dan kuning telur sehingga sebati dengan menggunakan senduk.

2. Kemudian, masukkan gula halus dan esen vanilla. Kacau lagi.

3. Masukkan pula serbuk koko, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tambah tepung kalau adunan lembik tetapi jangan terlalu keras. Uli sebati.

4. Tekap adunan menggunakan acuan kesukaan dan bakar pada suhu 160°c selama 20 minit (ikut oven masing-masing)

5. Selepas biskut masak, boleh hiaskan dengan coklat masakan yang dicairkan menggunakan kaedah double boil atau microwave kemudian taburkan dengan coklat urai.

6. Masukkan dalam peti sejuk sekejap supaya coklat tadi membeku. Keluarkan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi biskut coklat viral ini sememangnya rugi kalau tak dicuba. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Kuih Tepung Pelita Versi Moden, Aroma Daun Pandan Tetap Ada & Terlampau Sedap!

Sumber: Facebook Gee Abd Wahab

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×