Selain dari meneruskan ibadah puasa dalam bulan Ramadan dan menanti ketibaan bulan Syawal untuk sambutan Aidilfitri, jangan dilupa dengan perkara wajib untuk setiap umat Islam iaitu membayar zakat fitrah. Perlu diingatkan semula bahawa kadar zakat fitrah adalah berbeza bagi setiap negeri dalam Malaysia.
Kadar ini ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) berdasarkan harga beras yang menjadi makanan ruji di negeri masing-masing.
Baca juga: Perempuan Bayar Zakat Sendiri? Jika Dalam 4 Kategori Ini, Anda Boleh Bayar Ke Atas Diri Sendiri
KADAR ZAKAT FITRAH SETIAP NEGERI TAHUN 2025

Foto hiasan.
Bila waktu yang paling baik untuk kita bayar zakat? Terdapat lima waktu dan hukum berbeza yang berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah.
#Harus – Masuknya 1 Ramadan sehingga berakhirnya bulan puasa.
#Wajib – Pada hari akhir Ramadan ketika waktu senja terbenamnya matahari pada hari berkenaan.
#Afdal – Waktu pagi Hari Raya sebelum solat sunat Hari Raya ditunaikan.
#Makruh – Setelah selesai solat sunat Hari Raya.
#Haram – Waktu setelah selesai terbenamnya matahari pada hari satu Syawal atau setelah luputnya hari pertama satu Syawal.
Berikut dikongsikan kadar bagi bayaran zakat fitrah yang diwajibkan bagi umat Islam untuk tahun 2025 mengikut negeri-negeri di Malaysia.
Negeri Kadar Minimum / Wajib Kadar Lain
1. Perlis : RM9
2. Kedah : RM7 / RM14
3. Pulau Pinang : RM7 / RM10 / RM15 / RM25
4. Perak : RM10 / RM16 / RM27
5. Selangor : RM7 / RM15 / RM22
6. Negeri Sembilan : RM7.50 / RM12 / RM22
7. Melaka : RM7 / RM15 / RM22
8. Johor : RM7 / RM12 / RM20
9. Pahang : RM7 / RM14 / RM21
10. Terengganu : RM10 / RM21
11. Kelantan : RM8 / RM14 / RM21
12. Sabah : RM7.50
13. Sarawak : RM7.50
14. Wilayah Persekutuan : RM7 / RM15 / RM22
*KADAR WAJIB / MINIMUM : Berasa Super Spesial Tempatan
KADAR LAIN : Berasa Super Import / Perang / Pulut / Herba Ponni / Wangi / Calrose / Poney / Beras Basmathi / Jepun / Merah
Jangan lupa untuk bayar sebelum terlambat!
Baca juga: Hukum Terlepas Bayar Zakat Fitrah & Cara Penyelesaiannya, Terlupa Sampai Macam Tu Sekali!
Sumber: Berita Harian (Foto), IG @sinarharian
