“Janganlah raya disambut dengan dosa”, itulah teguran yang disampaikan oleh Ahli akademik yang juga pendakwah, Prof. Madya Dr Ahmad Sanusi di hantaran laman sosialnya semalam, susulan video tular di sebuah sekolah yang memperlihatkan artis dijemput sedang menyanyi dan berjoget bersama-sama pelajar di atas pentas.
Isu ini menjadi sensasi, berikutan ia dilakukan di dalam premis sekolah yang merupakan tempat anak-anak dididik mengenal agama dan budaya.
Baca juga: Panduan Cari Barang Hilang Di Masjidil Haram & Masjid Nabawi, Hari Ini Hilang Esok Dah Jumpa!
DR AHMAD SANUSI TEGUR VIDEO ARTIS & PELAJAR JOGET DI SEKOLAH

Janganlah Raya disambut dengan dosa
Tular video nyanyian lagu raya bersama artis dengan anak-anak muda. Ditambah pula tarian dan joget tersebut dilakukan dalam premis sekolah, tempat anak-anak dididik mengenal agama dan budaya.
Tahukah anda bahawa kita membayar Zakat Fitrah adalah bagi menyempurnakan kekurangan puasa kita di bulan Ramadan. Perkara ini dinyatakan oleh Ibn Abbas dalam sebuah hadis yang menyebutkan:
فَرَضَ رَسُولُ اللهِ زَكَاةَ الفِطرِ طُهرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغوِ وَالرَّفَثِ
“Rasulullah memfardukan Zakat Fitrah itu adalah bagi menyucikan (kekurangan) orang yang berpuasa daripada melakukan perkara yang lagha (sia-sia) dan dosa.” (HR Abu Daud)
Anehnya setelah kita membayar Zakat Fitrah dan berpuasa bagi membersihkan diri dari dosa, kita sambut pula dengan nyanyian, jogetan serta pergaulan bebas sesama lelaki dan wanita. Kata Bisyr al-Hafi:
أن قومًا يتعبدون في رمضان ويجتهدون في الأعمال، فإذا انسلخ تركوا! قال: بئس القوم قوم لا يعرفون الله إلا في رمضان.
Sesungguhnya terdapat satu kaum yang beribadah dalam bulan Ramadan dan bersungguh dalam amalan. Apabila hilang Ramadan, mereka meninggalkan semua (kebaikan itu). Inilah sejahat-jahat kaum. Mereka hanya mengenal Allah dalam bulan Ramadan. (Miftah al-Afkar, 2/283)
Baca juga: Suami Jangan Main Pegang Buah Dada Isteri Ketika Berpuasa, Boleh Batal Kalau Jadi Macam Ini…
Jangan cemar hari kebesaran dalam Islam dengan dosa
Keseronokan sambutan Hari Raya janganlah dicemari dengan dosa. Hari Raya merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam.
Allah menjadikan Hari Raya sebagai gantian kepada perayaan Jahiliah. Namun, apa yang membimbangkan, kita pula yang mengembalikannya dengan sifat sambutan Jahiliah. Sabda Rasulullah:
إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu hari yang lebih baik dari (perayaan jahiliah terdahulu) iaitu Hari Adha dan Hari Raya Aidil Fitri.” (HR Abu Daud)
Semoga Allah membimbing kita.
Baca juga: Cara Mandi WAJIB Yang Betul & Teliti, Lebih Yakin Bila Beribadat!
Sumber: Facebook Dr Ahmad Sanusi
FT Image: Facebook Dr Ahmad Sanusi
