Zakat fitrah merupakan kewajipan bagi setiap Muslim yang mampu sebagai tanda kesyukuran menyambut Aidilfitri. Kini, dengan kemajuan teknologi, cara bayar zakat fitrah menjadi lebih mudah dan pantas melalui aplikasi perbankan digital seperti MAE oleh Maybank.
Tanpa perlu keluar rumah atau beratur panjang di kaunter, anda boleh menunaikan kewajipan ini dalam beberapa langkah sahaja menggunakan telefon pintar seperti di bawah.
Baca juga: Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Setiap Negeri Di Malaysia, Semak & Jangan Lupa Bayar!
CARA BAYAR ZAKAT FITRAH MELALU APLIKASI MAE

Foto: Maybank
Aplikasi MAE oleh Maybank memudahkan pengguna untuk bayar zakat fitrah Maybank dengan langkah-langkah berikut:
1. Log Masuk ke Aplikasi MAE: Buka aplikasi MAE dan log masuk ke akaun anda.
2. Akses Menu ‘Pay Bills’: Pada paparan ‘Quick Actions’, pilih ‘Pay Bills’.
3. Pilih ‘Zakat’: Dalam senarai bil, pilih ‘Zakat’.
4. Pilih Badan Zakat dan Jenis Zakat: Tentukan badan zakat negeri anda dan jenis zakat yang ingin dibayar.
5. Masukkan Maklumat Pembayaran: Pilih jenis beras yang biasa anda makan dan masukkan jumlah tanggungan termasuk diri sendiri.
6. Masukkan Nombor Telefon: Isi nombor telefon bimbit anda untuk rujukan.
7. Semak dan Sahkan: Semak butiran yang dimasukkan, lafazkan niat yang tertera, dan tekan ‘Bayar Sekarang’.
8. Setelah selesai, anda akan menerima pengesahan bahawa pembayaran zakat fitrah anda telah berjaya.
GUNA MAYBANK2u PUN BOLEH

Selain aplikasi MAE, Maybank2u juga menyediakan platform untuk bayar zakat fitrah Maybank secara dalam talian. Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Akses Laman Web Maybank2u: Layari laman web Maybank2u dan log masuk ke akaun perbankan internet anda.
2. Pilih ‘Pay & Transfer’: Klik pada tab ‘Pay & Transfer’.
3. Pilih ‘Payee’: Dalam senarai penerima pembayaran, pilih badan zakat negeri anda. Contohnya, ‘ZAKAT MELAKA – ZAKAT FITRAH’.
4. Masukkan Maklumat Pembayaran: Isi jumlah bayaran, nombor telefon bimbit, kadar zakat yang sesuai, dan tarikh efektif pembayaran.
5. Sahkan Pembayaran: Semak maklumat yang dimasukkan dan klik ‘Pay’ untuk menyelesaikan transaksi.
6. Pastikan anda melafazkan niat zakat fitrah semasa membuat pembayaran:
“Inilah wang sebanyak RM__ bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas saya dan tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Taala.”
Setelah pembayaran berjaya, simpan resit sebagai bukti pembayaran ya!
*Pembayar zakat boleh memilih kadar harga mengikut kemampuan, berdasarkan gred atau harga beras yang menjadi makanan harian.
Baca lagi: Perempuan Bayar Zakat Sendiri? Jika Dalam 4 Kategori Ini, Anda Boleh Bayar Ke Atas Diri Sendiri
Sumber: MAYBANK
