Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Zayn Rayyan Gagal Jawab Beberapa Soalan Termasuk Tentang Minat Anaknya Sendiri…

KES TERKINI ZAYN RAYYAN

Bekas pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa kes terkini Zayn Rayyan adalah ibu kepada Allahyarham tidak dapat menjawab beberapa soalan yang ditanya.

Ini termasuklah mengenai minat anak sulungnya itu pada hari kanak-kanak autistik itu dilaporkan hilang 5 Disember 2023.

Baca juga: Suami Dilema Isteri Dah Bagi ‘Hint’ Nak Balik Kampung Sendiri Untuk Raya, Padahal Giliran Suami!

KES TERKINI ZAYN RAYYAN: IBU GAGAL JAWAB MINAT ANAK

KES TERKINI ZAYN RAYYAN

Kosmo

Saksi pendakwaan kelima, Asisten Superintendan (ASP) Nor Zaharuddin Sanip, memberitahu pertanyaan itu gagal dijawab ketika dia sendiri bertanya kepada Ismanira Abdul Manaf yang berada dalam kereta peronda polis (MPV) pada jam 10.30 malam di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Nor Zaharuddin memaklumkan demikian ketika pemeriksaan balas daripada Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz pada hari ke-13 prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira, 30, di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

Aqharie: Berdasarkan soalan peguam ketika kamu sampai, Inspektor Nina (Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin) mula ambil keterangan pengadu iaitu Ismanira, kamu jawab tidak setuju, boleh terangkan?

Nor Zaharuddin: Semasa saya sampai, Inspektor Nina berada dalam kereta MPV (kenderaan peronda polis) sedang ambil rakaman percakapan dan kemudian saya ada tanya ibu Zayn Rayyan macam mana hilang, bagaimana kejadian berlaku dan apa Zayn Rayyan minat, dia tidak dapat jawab, jadi saya arahkan Inspektor Nina untuk teruskan rakaman percakapan dalam kereta.

Media sebelum ini melaporkan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Mana didakwa kerana mengabaikan anak mereka dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai antara jam 12 tengahari, 5 Disember dan jam 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Baca juga: Viral Video Ibu Zayn Rayyan Di Media Sosial, Polis Terima Maklumat Baharu

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×