Zakat fitrah sering dilakukan pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri, di mana kebanyakan orang akan sibuk membuat persiapan raya. Berikutan itu, ada dalam kalangan mereka menggunakan kaedah mudah iaitu menerusi atas talian (online) untuk bayar zakat fitrah.
Cumanya, cara pembayaran online tidak ada perbuatan salam dan lafaz seperti mana kaedah pembayaran di kaunter. Jadi, sah ke macam itu? Ikuti penjelasan daridpada Ustaz Azhar Idrus (UAI) di bawah.
Baca juga: Nora Danish Berjaya Khatam al-Quran Dalam 10 Hari, Hadiah Ulang Tahun Yang Istimewa!
HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH ‘ONLINE’
Menurut UAI, tanggapan bahawa bayaran zakat fitrah jadi sah jika seseorang itu melafaz adalah tidak benar. Hal ini kerana, lafaz itu tidak wajib.
Namun, apa yang wajib adalah niat.
“Contoh kita nak bayar seorang RM10, isteri kita seorang RM10, anak seorang RM10, semua RM 30.
Ulamak kata kita ambil duit RM 30 bubuh dalam poket, maknanya kita dah pisahkan RM30 itu untuk bayar zakat. Sah dah niat.” ujar UAI di dalam video yang dimuat naik di TikTok.
Baca juga: Dr. Ahmad Sanusi Tegaskan Jangan Normalisasi Maksiat, Tak Payah ‘Ship Couple’ Belum Kahwin
Jelasnya lagi, perkara yang wajib dilafazkan bukanlah zakat fitrah tetapi akad nikah. Bahkan, bersalaman ketika membayar zakat fitrah juga dianggap tidak wajib.
“Cumanya, kalau amil zakat hulur tangan…jangan kita tak hulur tangan kerana ia mengaibkan orang. Kita wajib muliakan orang.” jelasnya lagi.
Baca juga: Rupanya Ada 2 Jenis Keberkatan BESAR Dalam Waktu Sahur, Jangan Terlepas Untuk ‘Rebut’!
Mufti Wilayah Persekutuan
Sementara itu, penjelasan di atas turut disokong Mufti Wilayah Persekutuan berdasarkan semakan penulis di portal rasminya.
Pembayaran zakat tidak disyaratkan padanya akad ijab dan kabul. Syarat sah pemberian zakat adalah mesti berniat, mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang.
@imanmutiaraa Apakah HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH Melalui ONLINE? #zakatfitrah #ustazazharidrus
Baca juga: Hukum Melakukan Onani (Melan***) Di Siang Hari Ramadan, Boleh Terbatal Puasa Ke?
Sumber: TikTok @imanmutiaraa / Portal Mufti Wilayah Persekutuan

