Euforia Bola 2026
Famili

Pengasuh ‘Kantoi’ Berniaga, Ibu Terkedu Nampak Bayinya Berpanas Di Khemah Ikan Bakar Bazar

bayi 5 bulan

Seorang ibu mengalami detik yang mengejutkan apabila pengasuh yang sebelum ini diberikan kepercayaan penuh rupa-rupanya bertindak di luar jangkaan. Luluh hati ibu ini apabila mengetahui anaknya yang merupakan bayi 5 bulan dibawa oleh pengasuh ke bazar Ramadan tanpa pengetahuannya!

Dalam cuaca panas sebegini, bawa pula anak yang diasuh ke bazar Ramadan untuk tujuan apa?

Baca juga: Kronologi Kes Kematian Bayi Al Fateh, LEMAS Disumbat Botol Susu & Ditekup Muka Oleh Pengasuh

BAYI 5 BULAN DIBAWA IKUT BERNIAGA DI BAZAR RAMADAN

bayi 5 bulan

Foto hiasan.

“Hati saya hancur bila dapat tahu perkara ini. Saya betul-betul terkejut, rasa seperti jantung hampir tercabut!” luah si ibu dalam satu perkongsian di media sosial.

Menurut wanita berkenaan, dia sebelum ini hanya dimaklumkan bahawa pengasuh tersebut ingin mencari pendapatan tambahan dengan membantu perniagaan ahli keluarganya dari rumah.

“Dia beritahu saya nak tolong kakak iparnya berniaga dari rumah, tapi rupa-rupanya dia pergi ke bazar Ramadan,” tambahnya.

Lebih mengejutkan, bayi kecil itu bukan sekadar ditinggalkan di rumah tetapi telah dibawa ke lokasi jauh dari kediaman pengasuh.

“Kami tinggal di Sungai Besi, tetapi dia bawa anak saya sampai ke Wangsa Maju. Jaraknya bukan dekat! Kami pun tak pasti dia naik motosikal atau kereta, cuma berharap dia guna kereta,” menurut ibu ini.

CUACA PANAS, ASAP MAKANAN…

bayi 5 bulan

Foto hiasan.

Rahsia ini terbongkar apabila pada suatu hari, pengasuh tersebut menghubungi wanita berkenaan dan memintanya mengambil anak di Wangsa Maju kerana tidak sempat pulang ke Sungai Besi. Namun, jawapan yang diberikan oleh pengasuh tersebut mengundang tanda-tanya.

“Kami ke Wangsa Maju, tapi dia suruh ke bazar Ramadan. Di situlah saya ternampak anak saya berada di bawah khemah tempat dia berniaga...”

Sudah pasti apabila difikirkan dari logik akal, Bazar Ramadan yang penuh dengan kesibukan manusia, asap makanan serta cuaca yang panas bukanlah tempat yang sesuai untuk bayi. Apatah lagi apabila pengasuh bayi tersebut merupakan orang yang berniaga dan sebenarnya tidak mempunyai masa untuk memantau keadaan bayi tersebut.

Lebih mengejutkan, pada hari terakhir anaknya dihantar ke rumah pengasuh tersebut, satu lagi insiden yang tidak dijangka berlaku.

“Rupa-rupanya pada hari itu, suami pengasuh yang menjaga anak saya di rumah, manakala isterinya tetap pergi berniaga di bazar…”

Sebagai ibu, pelbagai perkara buruk mula terlintas di fikirannya mengenai keselamatan anaknya. Kepercayaan yang diberi hancur begitu sahaja dan ini boleh mengundang trauma untuk menghantar anak di rumah pengasuh baharu.

Baca juga: Ini Contoh Taska/Pengasuh Yang Bagus, Mak Ayah Kena Alert!

Sumber: Freepik (foto bayi)Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×