Euforia Bola 2026
Asuh

Wanita Terkejut Jumpa Beg Berisi Bayi Perempuan Bertali Pusat, Muka Dah Bengkak Digigit Nyamuk…

bayi perempuan

Nampaknya, kes berkaitan pembuangan atau peninggalan bayi di tempat yang tidak sepatutnya masih berlaku dalam negara kita walaupun sudah diperkenalkan lokasi pusat perlindungan bayi atau ‘baby hatch‘. Terbaharu, seorang bayi perempuan baru lahir ditemui ditinggalkan di sebuah bangsal kayu.

Bayi tersebut dijumpai oleh seorang penduduk yang terkejut mendapati ada sebuah beg yang ditinggalkan berhampiran bangsal kayu berkenaan di Taman Semarak, Sungai Petani.

Baca juga: Bantuan BUDI MADANI RM200 Disalurkan Kepada Rakyat 7 Mac (Hari Ini), Boleh Semak!

BAYI PEREMPUAN DITINGGALKAN DI BANGSAL, PENUH GIGITAN NYAMUK..

bayi perempuan

Keadaan bayi perempuan yang dijumpai selepas dibalut dengan selimut.

Menurut laporan Sinar Harian, penduduk yang bernama Yeoh Yit Chen, 40 tahun, berkata, kejadian itu disedari kira-kira jam 11 pagi Ahad selepas terdengar suara sayup seperti tangisan, menyebabkan beliau bergegas memeriksa keadaan sekeliling.

“Ketika itu saya sedang memasak di dapur, tiba-tiba terdengar suara tangisan dari arah depan rumah.

“Saya panggil jiran untuk melihat. Apabila memeriksa beg itu, saya terkejut melihat ada bayi di dalamnya yang tidak berbalut serta masih bertali pusat. Sebaik sahaja membuka beg itu, bayi tersebut pun berhenti menangis,” katanya.

Yit Chen kemudian bergegas pulang ke rumah untuk mencari kain bagi melindungi bayi berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pasir, Khairul Anuar Zainol berkata, keadaan muka dan bayi tersebut sudah bengkak, kemungkinan akibat gigitan nyamuk. Ternyata, sangat sayu melihat keadaan si kecil itu tanpa dibalut dengan apa-apa dan hanya diletakkan dalam beg dengan zip yang dibuka sedikit.

“Ada yang memberitahu sekitar jam 6 pagi sudah terdengar bunyi, tetapi tidak pasti bunyi apa. Kemudian, apabila mendengar lagi, mereka pergi melihat dan terkejut apabila mendapati ada bayi dalam beg itu,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) berkata, lokasi kejadian yang terletak di laluan awam dan hanya kira-kira 500 meter dari SK Sungai Pasir menyebabkan orang ramai mula memenuhi kawasan itu bagi melihat lebih dekat penemuan bayi tersebut.

“Sayu melihat keadaan bayi itu. Tiada apa-apa dalam beg, hanya ada seluar yang mungkin digunakan sebagai alas bayi. Dia tidak dibalut dengan apa-apa, malah ada kesan darah sedikit pada tali pusat,” katanya.

Bayi itu kemudian dibawa ke hospital menggunakan ambulans dengan bantuan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di lokasi kejadian.

*Semoga si kecil ini sihat dan dijaga dengan baik oleh pihak yang berkenaan atau sesiapa sahaja yang mengambilnya sebagai anak angkat. 

Baca juga: Anak Hidap ‘Fires Epilepsy’ Penyakit Sawan Jarang Berlaku Di Malaysia, Kena Makan 21 Jenis Ubat Sehari!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×