Polis Kelantan mengesahkan bahawa kes Hud Aryan tiada unsur pengabaian yang ditemukan meninggal dunia dekat sebatang sungai di Kampung Kerila, Tanah Merah pada Rabu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut hasil keterangan lima individu termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang telah diambil sebelum ini.
Baca juga: Minum Air Kosong Sahaja Waktu Sahur Punca Badan Lesu, Doktor Kongsi ‘Rahsia’ Untuk Tangani
KES HUD ARYAN TIADA UNSUR PENGABAIAN – POLIS

“Setakat kesemua keterangan diambil, tiada unsur pengabaian dikesan. Bagaimanapun siasatan kita belum ditutup dan akan mengambil keterangan individu lain sekiranya terdapat saksi baharu dalam kes ini,” jelasnya.
Tambah beliau, lima individu yang dirakam percakapan adalah ibu bapa mangsa, nenek dan ibu saudaranya. Jika ada saksi lain yang boleh membantu, pihak polis akan mengambil keterangannya.
Mohd Yusoff memberitahu, setakat ini pihaknya membuka siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Media sebelum ini melaporkan bahawa anggota yang terlibat dalam operasi dan menyelamat (SAR) serta penduduk kampung terpaksa berjalan kaki dan meredah air sedalam 0.6 meter sebelum menemukan jasad Hud Aryan dalam keadaan terbujur kaku.
Mayat anak tunggal kepada pasangan Azean Nur Atikah, 34, dan Mohd Hafifi Saidi, 34, itu ditemukan tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini pada jam 4.15 petang.
Baca juga: Ada 3 Waktu Mustajab Berdoa Ketika Bulan Ramadan, Rebut Peluang Ini Untuk Minta Segalanya..
Sumber: Sinar Harian
