Pencarian kanak-kanak berusia 19 bulan bernama Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang dilaporkan hilang sejak malam kelmarin akhirnya berakhir.
Media tempatan melaporkan bahawa kanak-kanak tersebut ditemui tersangkut pada pokok di muara sungai di Kampung Kerila jam 4.20 petang.
Baca juga: Reputasi Tercemar Akibat Diviralkan Oleh Ibu Pelajar, Teacher Sya Tuntut Ganti Rugi RM500,000
HUD ARYAN MENINGGAL DUNIA, TERSANGKUT CELAH POKOK

Selepas 45 jam dilaporkan hilang, mayat Hud Aryan akhirnya ditemui di lokasi penemuan yang terletak tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.
Jurucakap bomba ketika ditemui mengesahkan kejadian itu namun belum ada maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.
Terdahulu, ketika kejadian media melaporkan bahawa Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berada di rumah neneknya yang terletak kira-kira 90 meter dari anak sungai.
Baca juga: Ibu Sebak Tengok Cikgu Tolak Kerusi Roda Anak OKU Ketika Merentas Desa, “Nak Bagi Dia Pengalaman”
Sumber: Berita Harian
