Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Ayah Hud Aryan Disiasat Polis, Kronologi Kehilangan Dianggap Kurang Logik

IBU AYAH HUD ARYAN

Polis Kelantan melakukan siasatan terhadap Ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menjelaskan bahawa siasatan itu dilakukan kerana kerana pihaknya mendapati kehilangan kanak-kanak lelaki terbabit agak tidak munasabah.

Baca juga: Kajian Sahkan Ada Beras Putih Tempatan Dicampur Dengan Beras Import

IBU AYAH HUD ARYAN DISIASAT PIHAK POLIS

IBU AYAH HUD ARYAN

Siasatan itu dilakukan kerana mungkin ada unsur kecuaian yang berlaku. Hasil bedah siasat tidak menemukan sebarang kesan dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun melihat kepada perkongsian orang ramai di TikTok, pihak polis merasakan cara kanak-kanak ini hilang seperti tidak logik.

“Dalam masa lima minit, boleh hilang. Jarak rumah neneknya dengan anak sungai 50 meter,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Hud Aryan berada di rumah neneknya yang terletak kira-kira 90 meter dari anak sungai sebelum disedari hilang oleh ahli keluarga.

Selepas 60 jam pencarian akhirnya kanak-kanak lelaki itu berjaya ditemukan. Mayat anak tunggal kepada pasangan Azean Nur Atikah, 34, dan Mohd Hafifi Saidi, 34, itu ditemukan tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini pada jam 4.15 petang semalam.

Baca juga: Hud Aryan Ditemui Meninggal Dunia, Mayat Tersangkut Pada Pokok

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×