Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Ini 7 Kawasan Rumah Orang Kaya Di Malaysia, Hanya Mampu Berangan Bila Tengok Harga!

rumah orang kaya

Malaysia mempunyai banyak kawasan kediaman mewah yang menjadi pilihan golongan kaya seperti selebriti, ahli perniagaan, dan ekspatriat. Kawasan rumah orang kaya ini bukan sahaja menawarkan rumah yang bernilai jutaan ringgit, tetapi juga persekitaran eksklusif, kemudahan bertaraf dunia, dan tahap keselamatan yang tinggi.

Dari banglo mewah di Bukit Tunku hingga kondominium eksklusif di Mont Kiara, setiap lokasi mempunyai daya tarikan tersendiri yang menjadikannya tempat kediaman idaman golongan elit. Mari kita tengok antara Top 7 kawasan tempat tinggal mewah di Malaysia.

Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!

7 KAWASAN RUMAH ORANG KAYA DI MALAYSIA, SEKALI PANDANG MACAM SHOPPING MALL!

7. Straits Quay, Seri Tanjung Pinang, Pulau Pinang

rumah orang kaya

Foto: myPenang

Kawasan kediaman mewah ini terletak di tepi laut yang menarik golongan kaya termasuk ekspatriat. Kawasan ini menawarkan pemandangan laut yang indah serta akses kepada marina, restoran eksklusif, dan pusat beli-belah mewah.

6. Desa ParkCity, Kuala Lumpur

rumah orang kaya

Foto: propsocial

Kawasan perumahan ini sangat popular sebagai komuniti berpagar moden dengan pelbagai kemudahan seperti taman rekreasi dan pusat membeli-belah mewah mereka sendiri. Ia direka dengan konsep bandar dalam taman.

5. Damansara Heights, Kuala Lumpur

Foto: Property Guru

Damansara Heights merupakan salah satu kawasan perumahan mewah yang menjadi pilihan golongan profesional dan selebriti.
Malah, kawasan ini juga dekat dengan pusat bandar dan menawarkan gaya hidup mewah.

4. Country Heights, Kajang

Foto: Hartaa

Ini merupakan salah satu kawasan yang sering membuatkan para netizen ternganga! Country Heights merupakan salah satu kawasan perumahan eksklusif yang menawarkan rumah banglo besar dengan tanah luas. Terkenal dengan komuniti elit dan suasana yang lebih tenang berbanding Kuala Lumpur.

3. Kenny Hills (Taman Duta), Kuala Lumpur

Foto: propsocial

Dengar namanya pun sudah cukup eksklusif kerana kawasan ini menjadi kawasan kejiranan elit yang sering menjadi pilihan ahli politik dan usahawan berjaya. Persekitarannya juga hijau dan rumah mewah yang berharga berjuta-juta ringgit.

2. Mont Kiara, Kuala Lumpur

Foto: KL Property

Mont Kiara memang terkenal dengan kondominium mewah yang pesat dan komuniti ekspatriat. Banyak kemudahan premium seperti pusat membeli-belah, restoran eksklusif, dan sekolah antarabangsa dibina di kawasan ini.

1.Bukit Tunku, Kuala Lumpur

Foto: Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Siapa yang tidak pernah dengar tentang betapa eksklusifnya kawasan ini yang dikenali sebagai kawasan perumahan para pemimpin negara. Bukit Tunku juga dikenali sebagai “Beverly Hills of Malaysia” di mana kawasan perumahan ini penuh dengan rumah banglo besar dan suasana yang tenang.

*Hanya mampu tengok je…

Baca juga: 5 Barangan Elektrik Ini Boleh ‘Beli Masa’ Dengan Wang, Tak Rugi Ada Di Rumah!

Sumber: Tiktok @rawaktujuh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×